Tahap Daya Tahan Akademik Murid Bukan Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina: Satu Kajian Tinjauan
List of Authors
Nurkhairun Nisha Zainodin, Shahlan Surat
Keyword
Daya Tahan Akademik; Murid bukan Cina; SJKC; Ketabahan; Refleksi dan Bantuan Adaptif; Afektif Negatif dan Respons Emosi
Abstract
Daya tahan akademik merujuk kepada keupayaan murid untuk mengatasi cabaran, kegagalan dan tekanan dalam persekitaran akademik. Keupayaan daya tahan ini merupakan salah satu faktor yang menentukan kejayaan murid dalam persekitaran pembelajaran yang mencabar. Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap daya tahan akademik murid bukan Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif berasaskan reka bentuk tinjauan. Seramai 60 murid bukan Cina berumur 12 tahun daripada tiga buah sekolah SJKC di daerah Kuantan, Pahang terlibat sebagai sampel kajian ini. Instrumen kajian ini menggunakan Academic Resilient Scale (ARS-30) dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statiscal Package for the Social Science (SPSS 29). Dapatan kajian mendapati tahap daya tahan akademik adalah tinggi dengan dimensi ketabahan mencatat skor tertinggi, diikuti oleh refleksi dan bantuan adaptif dan afektif negatif dan respons emosi. Dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu guru mengenal pasti faktor yang menyumbang kepada daya tahan akademik murid bukan Cina, sekali gus mengenal pasti punca jurang prestasi akademik yang wujud antara murid bukan Cina dengan murid lain.