Kepentingan penggunaan media sosial teknologi maklumat dalam pendidikan IPTA
List of Authors
Mohd. Noorhadi Mohd. Yusof , Zurinah Tahir
Keyword
Penggunaan Media Sosial, Teknologi Maklumat, Pendidikan IPTA, Penggunaan teknologi, pengajaran dan pembelajaran
Abstract
Penggunaan media teknologi di kalangan pendidik dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran amat penting untuk keperluan pendidikan semasa negara. Anjakan paradigma ini dilihat memberi impak besar kepada pendidikan khususnya di IPTA yang menjadikan media teknologi ini sebagai keperluan utama bagi pendidik dan pelajar itu sendiri. Kesinambungan ini telah menuntut para pelajar dan juga warga pendidik untuk menguasai teknologi maklumat dan mengunakan media teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Melihat kepada kepentingan dan keperluan penggunaan teknologi media semasa dalam pembelajaran dan pengajaran, maka kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti medium teknologi media yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran yang memberikan impak berkesan di kalangan pelajar dan pendidik. Pengumpulan data primer kajian ini adalah melibatkan kaedah pemberian instrumen soal selidik dan pemerhatian yang dilakukan menerusi kerja lapangan. Perlaksanan pengumpulan data kajian adalah melibatkan sepenuhnya kaedah kuantitatif yang telah dijalankan menerusi kaedah edaran soal selidik kepada pihak responden secara persampelan rawak mudah. Dapatan kajian ini akan membantu warga pendidik dan pelajar dalam mengenalpasti medium utama penggunaan media teknologi bagi meneroka, menguasai dan mendalami ilmu dengan lebih sistematik. Penggunaan media teknologi amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ia mampu menjadi pemangkin dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lestari. Oleh itu, kemajuan ini dalah penting bagi membolehkan negara mencapai status negara maju dan berdaya saing dengan modal insan yang berpengetahuan tinggi yang akhirnya dapat menyumbang terhadap kemajuan pendidikan dan sosio ekonomi negara.