Meneroka Pengalaman Kerja Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia
List of Authors
  • Mohd Syazwan Zainal, Winnie Jaming

Keyword
  • Sijil Kemahiran Malaysia, Murid Berkeperluan Pendidikan Khas, Kemahiran Vokasional

Abstract
  • Kajian ini bertujuan untuk meneroka pengalaman kerja Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di Program Pendidikan Khas Integrasi di Sarawak. Kajian kualitatif ini menggunakan rekabentuk kajian kes. Pengumpulan data kajian dijalankan secara temubual bersama responden dengan menggunakan soalan temubual secara semi-struktur. Peserta kajian terdiri daripada lapan MBPK iaitu empat MBPK dari kawasan bandar dan empat MBPK dari kawasan luar bandar. Seterusnya, analisis bertema dijalankan menggunakan Atlas ti.9. Terdapat lima dapatan yang diperolehi daripada analisis temubual iaitu (1) kepelbagaian pengalaman kerja MBPK, (2) kemahiran dan latihan yang diceburi MBPK (3) faktor peribadi yang mempengaruhi pengalaman kerja MBPK, (4) sokongan ibubapa dan (5) aspirasi serta matlamat diri MBPK. Seterusnya, cadangan untuk penambahbaikan dan sumbangan lanjutan pelbagai pihak dalam pembangunan kebolehkerjaan MBPK berdasarkan dapatan kajian ini turut dibincangkan dalam artikel ini.

Reference
  • No Data Recorded