Kompetensi kaunseling pelbagai budaya dan kompetensi spiritual dalam kalangan kaunselor berdaftar di Malaysia
List of Authors
  • Mazidah Mohd Dagang , Rusnani Abdul Kadir

Keyword
  • Kompetensi spiritual, kompetensi kaunseling pelbagai budaya, kaunselor

Abstract
  • Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap kompetensi spiritual dan tahap kaunseling pelbagai budaya dalam kalangan kaunselor berdaftar di Malaysia. Kajian ini juga ingin menguji perbezaan tahap kompetensi spiritual dan tahap kompetensi kaunseling pelbagai budaya berdasarkan faktor-faktor demografi seperti faktor jantina, umur, agama, keturunan, tahap kelulusan pendidikan dan tempoh perkhidmatan. Di samping itu, hubungan antara kompetensi spiritual dan kompetensi kaunseling pelbagai budayajuga akan ditentukan. Kajian berbentuk tinjauan deskriptif ini dijalankan dengan mentadbir soal selidik Kompetensi Spiritual dalam Amalan Kaunseling (KSdAK) yang diterjemah daripada soal selidik the Spiritual Competency Scale oleh Young, Cashwell, Wiggins-Frame dan Belaire (2002) dan soal selidik Kompetensi Kaunseling Pelbagai Budaya yang diterjemah daripada soal selidik Multicultural Competency Inventory oleh Sodowsky (1993). Seramai 240 orang kaunselor berdaftar yang berkhidmat di seluruh negara terlibat dalam kajian ini. Keputusan kajian mendapati kebanyakan kaunselor mempunyai tahap kompetensi spiritual yang sederhana dengan nilai min 3.64 dan juga tahap kompetensi kaunseling pelbagai budaya yang sederhana dengan nilai min 2.78. Dari segi perbezaan tahap kompetensi spiritual, tidak terdapat perbezaan signifikan berdasarkan jantina, umur, tahap pendidikan dan tempoh perkhidmatan. Hanya faktor agama dan keturunan sahaja yang mempunyai perbezaan signifikan terhadap tahap kompetensi spiritual kaunselor. Manakala bagi kompetensi kaunseling pelbagai budaya hanya terdapat perbezaan signifikan berdasarkan faktor umur sahaja. Wujud hubungan yang signifikan antara kompetensi spiritual dan kompetensi kaunseling pelbagai budaya. Sehubungan dengan keputusan kajian yang diperoleh, beberapa cadangan telah dikemukakan.

Reference
  • 1. ACA Code of Ethics. (2005). Diambil daripada http:// www.counseling.org.
    2. Association for Spiritual, Ethical, and Religious Values in Counseling. (2009). Competencies for addressing spiritual and religious issues in counseling. Diambil daripada http://www.aservic.org/competencies.html.
    3. Briggs, M. K., & Rayle, A. D. (2005). Incorporating Spirituality Into Core Counseling Courses: Ideas for Classroom Application. Counseling and Values, 50(1).
    4. Burke, M. Y., Chauvin, J. S., & Miranti, J. G. (2005). Religious and Spiritual Issues in Counseling: Applications across Diverse Populations. New York: BrunnerRoutledge.
    5. Cassidy, E. J. H. (2006). Religion and Spirituality in Professional Psychologist Training : A Survey of Interns. Unpublished Doctor of Philosophy, West Virginia University, Morgantown, West Virginia.
    6. Collins, S., & Arthur, N. (2010). Cultureinfused counseling: A model for developing multicultural competence. Counselling Psychology Quarterly, 23(2): 217-233.
    7. Donnell, C. M. (2008). Examining multicultural counseling competencies of rehabilitation counseling graduate students. Rehabilitation Education, 22(1): 47-58.
    8. Fukuyama, M. A., & Sevig, T. D. (1999). Integrating spirituality into multicultural counseling. California: Sage Publications.
    9. Fukuyama, M. A., Siahpoush, F., & Sevig, T. D. (2005). Religion and Spirituality in a Cultural Context. In C. S. Cashwell & J. S. Young (Eds.), Integrating Spirituality and Religion into Counseling: A Guide to Competent Practice, 123-142. Alexandria, VA: American Counseling Association.
    10. HilmiAhmad Shaghir. (2005). HubunganAntara Kecekapan dalam Kaunseling Pelbagai Budaya dan Efikasi Swadiri dengan Ikatan Kerjasama Kaunselor-Klien di Kalangan Kaunselor Sekolah Menengah di Malaysia. Unpublished Ijazah Doktor Falsafah, Universiti Putra Malaysia, Serdang.
    11. Ivey, A. E., D' Andrea, M., Ivey, M. B., & SimekMorgan, L. (2007). Theories of Counseling and Psychotherapy: A Multicultural Perspective.(6th. Ed.). USA: Pearson.
    12. Kamal Abd. Manaf. (2000). Kaunseling Islam Satu Alternatif Baru di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
    13. Kelly Jr, Eugene W. . (1997). Religion and Spirituality in Variously Accredited Counselor Training Programs : A comment on Pate and High (1995). Counseling & Values, 42(1): 7.
    14. Kod Etika Kaunselor. Persatuan Kaunseling Malaysia, semakan 2008.
    15. Leech, N.L., Barrett, K. C. & Morgan, G. A.(2008). SPSS for Intermediate Statistics: Use and Interpretation (3rd.ed) New York: Taylor & Francis Group.
    16. Lembaga Kaunselor. (2003). Piawai dan Kelayakan Latihan Kaunselor. Kuala Lumpur: Lembaga Kaunselor.
    17. Lembaga Kaunselor. (2010). Senarai kursus kaunseling yang ditawarkan oleh IPTA. Kuala Lumpur: Lembaga Kaunselor.
    18. Lemkuil, J. L. (2007). Integration of Spirituality into Clinical Practice. Unpublished Doctor of Philosophy, The University of Wisconsin Milwaukee.
    19. Mardiana Mohammad & Lily Mastura Hj. Harun (2006). Western-based Counselling Theories: Adopt or Adapt? Jurnal Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA). 12: 71-84.
    20. Miller, G. (1999). The Development of the Spiritual Focus in Counseling and Counselor Education. Journal of Counseling & Development, 77(4): 498.
    21. Miranti, J. G. (1998). The Spiritual/Religious Dimension of Counseling: A Multicultural Perspective. Dalam P. B. Pedersen & D. C. Locke (Eds.), Cultural and Diversity Issues in Counseling. Alexandria, VA: American Counseling Association.
    22. Mohd Majid Konting. (2009). Kaedah Penyelidikan Pendidikan (8th ed.) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    23. Mohd Rosmizi Abd Rahman (2004). 4 Agama Monoteisme: Islam, Kristian, Yahudi dan Zoroaster, Penang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
    24. Othman Mohamed. (2005). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan Dalam Kaunseling (2nd ed.). Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
    25. Ottavi, T. M., Pope-Davis, D. B., & Dings, J. G. (1994). Relationships between white racial identity attitudes and self-reported multicultural counseling competencies. Journal of Counseling Psychology, 44: 284-293.
    26. Pargament, K. I. (2007). Spiritually Integrated Psychotherapy: Understanding and Addressing the Sacred. New York: The Guilford Press.
    27. Pedersen, P. (1990). The constructs of complexity and balance in multicultural counseling theory and practice. Journal of Counseling & Development, 68(5): 550.
    28. Ponterotto, J. G., Rieger, B. P., Barret, A., & Sparks, R. (1994). Assessing multicultural counseling competence: A review of instrumentation. Journal of Counseling and Development, 72: 316-322.
    29. Richards, P. S., & Bergin, A. E. (2005). A Spiritual Strategy for Counseling and Psychotherapy. Washington, DC: American Psychological Association.
    30. Sadowsky, G. R., (1993). Multicultural Counseling Inventory (MCI). New Hampshire: Antioch New England Graduate School.
    31. Wan Abdul Kader Wan Ahmad & Ismail Abdul Ghani. (2006). Islam dan Kaunseling: Satu Penilaian Kritikal Terhadap Teori dan Pendekatan. Dalam Fariza Md. Sham, Siti Rugayah Hj. Tibek & Othman Hj. Talib (Eds.), Dakwah dan Kaunseling di Malaysia, 130-144. Bangi: Penerbit UKM.
    32. Witmer, J. M., & Sweeney, T. J. (1992). A holistic model for wellness and prevention over the life span. Journal of Counseling & Development, 71(2): 140-148.
    33. Worthington, E. L.,Jr. (1991). APrimeron Intake Interviews with Couples. American Journal of Family Therapy, 19: 344-350.
    34. Young, J. S., Cashwell, C., Wiggins-Frame, M., & Belaire, C. (2002). Spiritual and Religious Competencies: A National Survey of CACREP-accredited Programs. Counseling and Values, 47(1): 22-33.