Pendekatan Nabi SAW Dalam Mendidik Para Sahabat: Analisis Kaedah Membangkitkan Semangat Juang Perajurit Di Medan Perang
List of Authors
  • Mohd Nor Adli Osman

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Semangat juang merupakan motivasi yang digunakan oleh seseorang untuk mendapatkan sesuatu. Elemen ini sering kali dipraktikkan oleh Nabi SAW untuk membangkitkan semangat dalam kalangan para sahabat ketika fasa peperangan. Oleh yang demikian, di dalam siri peperangan dapat dilihat para sahabat Nabi SAW berjaya mengalahkan pasukan kafir Musyrikin walaupun bilangan pasukan tentera Islam jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan bilangan pasukan kafir Musyrikin. Seiring dengan itu, kajian ini dihasilkan adalah untuk mengetahui secara lebih dekat pengertian semangat juang dan juga pendekatan yang digunakan oleh Nabi SAW untuk membangkitkan semangat dalam kalangan para sahabat Nabi SAW ketika fasa pensyariatan berperang sehingga menghasilkan kemenangan. Bagi mencapai tujuan tersebut, kajian ini mengaplikasikan kaedah penyelidikan kualitatif dengan menganalisis dokumen-dokumen yang berkaitan dan seterusnya menganalisis data-data tersebut berdasarkan kaedah induktif dan deduktif. Hasil kajian ini mendapati, bahawa Nabi SAW telah membangkitkan semangat juang dalam kalangan para sahabat menerusi beberapa kaedah iaitu menerusi doa, laungan ketika sedang berperang, ganjaran di akhirat dan cabaran sebelum berperang. Oleh yang demikian, kajian ini mempunyai signifikan yang tersirat kerana dapat mengetahui kepimpinan Nabi SAW dalam memimpin pasukan ketenteraan Islam. Di samping itu juga, turut dapat diketahui adalah kaedah yang digunakan oleh Nabi SAW untuk membangkitkan semangat juang dalam kalangan para sahabat di dalam peperangan sehingga mencapai kemenangan.


Reference
  • No Data Recorded