The World Economic Forum telah menganggarkan kira-kira 65% kanak-kanak yang mendaftar dalam pendidikan rendah hari ini akhirnya akan bekerja dalam pekerjaan yang belum diwujudkan lagi pada masa kini. Oleh itu, pendekatan pendidikan seharusnya berubah menjadi lebih proaktif terhadap teknologi pendidikan dalam pembangunan kurikulum. Di antara pendekatan yang berkesan adalah pembelajaran gabungan umum (generalized blended learning), yang merupakan gabungan bakal menawarkan nilai pendidikan yang tinggi dalam proses penyebaran maklumat dan penglibatan interaktif. Kebangkitan penggunaan teknologi paparan yang dipasang di kepala (head-mounted display) dan aplikasi serta permainan digital mendekatkan pengguna kepada teknologi digital terkini, yang lebih tepat dipanggil teknologi realiti maya (VR). Artikel ini membincangkan dapatan kajian penggunaan VR dalam pendidikan serta mengenalpasti kelebihan dan kelemahan. Seterusnya, kerangka konsep keberkesanan penggunaan VR dalam kurikulum pendidikan Malaysia di reka dan dicadangkan bagi memberikan manfaat kepada pelajar dalam meneruskan pembelajaran di era revolusi industri ke-4 (IR4.0) dan bersesuaian dengan situasi pembelajaran atas talian semasa pandemik Covid-19.