Jom Jawi: Meningkat Penguasaan Bahasa Jawi Di Kalangan Murid Sekolah Rendah Mengguna Media Interaktif
List of Authors
  • Azrulhizam Shapii, Zainal Rasyid Mahayuddin

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Pada masa kini, maklumat boleh diperolehi dengan lebih cepat melalui proses digital dimana ia berkait rapat dengan perkembangan teknologi. Tambahan pula, sistem pendidikan jugamengalami perubahan akibat perubahan teknologi ini contohnya, daripada penggunaan kapurdan papan tulis, kita telah menggunakan komputer di dalam bilik darjah. Manakala bahan pengajaran yang menggunakan aplikasi teknologi multimedia pula telah menawarkan satu alternatif lain untuk menyampaikan pengajaran. Namun begitu, untuk sistem tulisan jawi, perubahan sistem pendidikan yang telah mengangkat tulisan rumi sebagai tulisan pengantar telah menggugat keutuhannya yang pernah menjadi sistem tulisan di Tanah Melayu pada masa dahulu. Tambahan pula, medium penggunaan aplikasi multimedia berkaitan tulisan jawi masih kurang diketengah. Aplikasi penggunaan multimedia telah sahih membuktikan bahawa dapat meningkatkan daya fokus, pemahaman dan kretiviti pelajar. Oleh yang demikian, aplikasi ini harus digunakan untuk meningkatkan keupayaan murid untuk menguasai sistem tulisan jawi baru. Secara tidak langsung ianya akan meningkatkan motivasi murid dan memberikan persepsi yang baik kepada tulisan jawi baru. Selain itu, paparan visual yang mengandungi penggunaan warna yang baik, pengadunan bunyi yang bersesuaian serta perletakkan animasi yang mudah difahami akan membantu perkembangan kognitif murid. Oleh kerana tiada silibus tertentu umtuk menerapkanm kemahiran jawi ini, kajian ini hanya memperincikan kemahiran asas selepas murid mengenal huruf hijaiyah dan membaca tulisan jawi. Kajian ini dibangunkan khusus untuk mengukuhkan asas membaca dan pemahaman menyambung suku kata akar dengan kata imbuhan mengikut sistem tulisan jawi baru yang betul.

     


Reference
  • No Data Recorded