Kepimpinan Distributif Guru Besar dengan Komitmen Guru Sekolah Rendah di Daerah Segamat
List of Authors
  • Bity Salwana Alias, Pavithra Pillay Ravindharan

Keyword
  • kertas penuh, templat, pengarang, garis panduan

Abstract
  • Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan distributif oleh guru besar, tahap komitmen guru, dan mengkaji hubungan antara tahap kepimpinan distributif dan komitmen guru dalam kalangan guru sekolah rendah di daerah Segamat. Kaedah kuantitatif dipilih untuk mendapatkan hasil kajian ini, dengan kaedah persampelan berstrata dan rawak mudah digunakan. Jumlah sampel ditentukan berdasarkan panduan Krejcie dan Morgan (1970). Sebanyak 265 orang guru dipilih sebagai sampel daripada 50 sekolah rendah di daerah Segamat melalui persampelan rawak mudah. Data dikumpul menggunakan soal selidik tinjauan di mana responden perlu menjawab soal selidik dengan skala Likert lima mata. Soal selidik kepimpinan yang digunakan diadaptasi daripada Ramathevi (2021) dan soal selidik komitmen guru diadaptasi daripada Mohd Izham (2021). Purata untuk kepimpinan distributif guru besar adalah 3.25, manakala purata untuk komitmen guru adalah 3.26. Dengan nilai pekali korelasi Pearson, r=0.967; jelaslah bahawa hubungan antara kepimpinan distributif guru besar dan komitmen guru adalah pada tahap tinggi.

Reference
  • No Data Recorded