Filem berunsurkan Islam: Satu pendefinisian
List of Authors
  • Jamaluddin Aziz , Mohd Helmi Yusoh

Keyword
  • Filem berunsurkan Islam, teori ilmu sosial profetik, watak wanita, genre, humanisasi

Abstract
  • Makalah ini memfokuskan kepada pendefinisian filem berunsurkan Islam. Idea ini adalah sebuah idea dari Naim Ahmad bagi menjernihkan kekelabuan khalayak tentang definisi filem Islam. Memandangkan definisi filem berunsur Islam ini adalah sesuatu yang baharu dan masih kurang diteliti dari para sarjana, maka tujuan kertas kerja ini adalah untuk merungkai dan memantapkan definisi serta konsepnya agar lebih jelas dan sistematik. Hal ini kerana Naim Ahmad tidak menghuraikan definisi filem berunsurkan Islam dengan jelas dan ini membuka ruang untuk pengkemaskinian. Bagi kertas kerja ini, dua buah filem dari Indonesia arahan Hantung Bramantyo iaitu Perempuan Berkalung Sorban (2009) dan Ayat-ayat Cinta (2008) telah dipilih secara bertujuan bagi analisis tekstual secara mendalam. Watak wanita pula dipilih sebagai tumpuan analisis tekstual dengan menggunakan kerangka Teori Ilmu Sosial Profetik yang dipelopori oleh Kuntowijoyo sekitar tahun 1980-an. Teori yang berasaskan kitab Al Quran menerusi ayat 110 surah Ali ‘Imran ini memiliki tiga prinsip iaitu Humanisasi, Liberasi serta Transendensi. Walaubagaimanapun, kertas kerja ini hanya memberikan tumpuan kepada satu prinsip sahaja iaitu Humanisasi. Kami ingin bahaskan di sini bahawa teori Ilmu Sosial Profetik ini dapat menyumbang kepada pengukuhan definisi filem berunsur Islam dengan memaparkan bagaimana prinsip Humanisasi wujud pada watak-watak wanita secara kolektif dalam kedua-dua buah filem.

Reference