Faktor-faktor pertukaran kod dalam kalangan guru bahasa Melayu di sekolah antarabangsa
List of Authors
Muna Ruzanna Wan Mohammad , Nor Aishah Zainal
Keyword
Pertukaran Kod, Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa, Sekolah Antarabangsa
Abstract
Sekolah Antarabangsa mempunyai ahli komuniti yang berasal dari pelbagai latar belakang mewujudkan fenomena pertukaran kod semasa interaksi sosial. Komunikasi dan interaksi harian antara ahli komuniti di sekolah swasta menyebabkan berlaku proses pemerolehan bahasa yang pelbagai. Bahasa Inggeris merupakan bahasa pengantara di sekolah swasta dengan menggunakan sukatan pelajaran Cambridge IGCSE. Pemerolehan bahasa pertama (B1) majoriti murid di sekolah swasta merupakan bahasa Mandarin kerana bahasa ibunda adalah bahasa Mandarin. Oleh itu, kebanyakan murid tidak mendapat pendedahan menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan harian. Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua (B2) dan bahasa Melayu merupakan bahasa ketiga (B3) bagi murid di sekolah antarabangsa. Tujuan utama pertukaran dan percampuran kod dalam kalangan penutur berbilang bahasa ialah sebagai strategi komunikasi bagi memudahkan komunikasi secara pantas dan berkesan. Kajian ini merupakan satu kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk kajian kes. Kajian ini dilakukan di sebuah sekolah antarabangsa di Kuala Lumpur. Peserta kajian yang dipilih dalam kajian ini menggunakan kaedah pensampelan bertujuan. Dua orang guru bahasa Melayu dipilih sebagai peserta kajian yang terdiri daripada seorang guru penutur natif dan seorang guru yang bukan penutur natif untuk memudahkan penyelidik mendapatkan maklumat yang lebih mendalam berkaitan dengan kajian yang hendak dilaksanakan. Satu penerokaan mendalam melalui kaedah temu bual yang diadaptasi daripada kajian yang dilakukan oleh Atika et al (2021) dan pemerhatian dilakukan terhadap guru bahasa Melayu yang menjadi peserta bagi kajian ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan dengan data yang ingin dikutip. Kaedah pemerhatian dijalankan oleh pengkaji secara pemantauan semasa PdP berlangsung di dalam kelas. Kajian ini penting bagi memberi pendedahan kepada guru sekolah swasta dan antarabangsa mengenai faktor dan keperluan penggunaan pertukaran kod semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Reference
1. Adlan Asyraff (2023). Linguistic Code Switching: Pros & Cons. Diakses dari https://intelek.com.my/linguistic-code-switching-pros-cons/#:~:text=Code%2Dswitching%20could%20lead%20to,competency%20in%20native%20language%20gradually. (30 Oktober 2023)
2. Atika Hassan, Duli Kamit dan Evelyn Bangkang Jawi, (2020). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pertukaran Kod dalam Pengajaran Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah, Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol 11(1): Diakses dari: http://journalarticle.ukm.my/16762/ (10Jjun 2023)
3. Berawati Renddan, Adi Yasran Abdul Aziz, Hasnah Mohamad & Sharil Nizam Sha'r. (2020). Domain dan bahasa pilihan tiga generasi etnik Bajau Sama Kota Belud. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 5(7): 96-107. Diakses dari: https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/448 (10 Jun 2023)
4. Ezeh, N.G., Umeh, I. A. & Anyanwu, E. C. 2022. Code switching and code mixing in teaching and learning of English as a second language: Building on Knowledge. English Language Teaching 15(9): 106-113. https://files.eric.ed.gov/fulltext/EJ1361434.pdf (20 June 2023)
5. Atika Hassan, Duli Kamit & Evelyn Bangkang Jawi. 2021. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pertukaran Kod. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, Vol 11 (1) Mei: 40-56. Diakses dari: http://journalarticle.ukm.my/16762/1/254-488-1-SM.pdf (20 Mei 2023)
6. Duli Kamit & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad, 2022. Percampuran Kod Guru Bahasa Melayu dalam Pengajaran dan Pembelajaran secara dalam Talian. Jurnal Dunia Pendidikan, Vol 4 Mei: 475-485. Diakses pada https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/18138/9563 (20 Mei 2023
7. Hazlina Abdul Halim, 2018. Penukaran Kod dalam Suri Hati Mr. Pilot: Kupasan Motif. Infrastructure University Kuala Lumpur Research Journal, Vol 6 (1): 86-94.
8. Haizah Bukari & Norazana Awang Kechik. 2022. pengaruh bahasa ibunda terhadap kemahiran bertutur dalam kalangan murid india di sebuah sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 12 (1): 63-71. Diakses dari: https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/article/view/305 (20 Mei 2023)
9. Noor Hashimah & Adriana Santa. (2016). Percampuran kod dalam penulisan karangan bahasa Melayu pelajar Cina: Analisis pragmatik. Jurnal Bahasa, 16 (1): 73-94. Diakses dari: https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/download/4250/1391/ (20 Mei 2023)
10. Nurhamidah, N., Endang Fauziati, and Slamet Supriyadi. "Code-Switching in EFL Classroom: Is It Good or Bad?." Journal of English Education 3.2 (2018): 78-88. Diakses dari https://www.researchgate.net/profile/Aida-Nurutdinova/post/What_do_you_think_about_code-mixing_and_code-switching_in_the_ESL_EFL_classroom/attachment/5ff4e46be35e2b0001034a7b/AS%3A976741711478785%401609884779635/download/268572-code-switching-in-efl-classroom-is-it-go-94246e2f.pdf (30 Oktober 2023)
11. Paramasivam Muthusamy, (2017). Komunikasi Percampuran Kod dalam Masyarakat Multilingual di Malaysia. Journal of Business and Social Development, Vol 5 (1) Mac: 36-48. Diakses dari: https://myjurnal.mohe.gov.my/public/article-view.php?id=113014 (10 Jun 2023)
12. Siti Noridayu Abd. Nasir & Hazlina Abdul Halim. 2022. Pemerolehan Bahasa Kedua (B2) Murid Sekolah Rendah Luar Bandar di Perlis. LSP International Journal, 9(2), 17–26 Diakses dari: file:///Users/aishahzainal/Downloads/18997-Article%20Text-66826-1-10-20221224.pdf (10 Jun 2023)
13. Salinah Jaafar & Rohaidah Haron. (2016). Kesilapan Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Universiti Kebangsaan Yunnan Di Akademi Pengajian Melayu. Jurnal Melayu. 15(2),196-209. Diakses dari: http://journalarticle.ukm.my/9967/1/16179-45361-1-SM.pdf (10 Jun 2023)