Pertimbangan etika semasa kajian mengenai amalan keibubapaan dalam masyarakat
List of Authors
  • Ruhani Mat Min

Keyword
  • Pertimbangan etika, amalan keibubapaan, penyelidikan kualitatif

Abstract
  • Artikel ini membincangkan pertimbangan etika semasa penyelidikan kualitatif mengenai amalan keibubapaan dalam kalangan penduduk tempatan di Kuala Terengganu. Perbincangan ini mengkhususkan kepada kupasan secara kritis prinsip-prinsip yang membimbing penyelidik dalam membuat keputusan beretika semasa menjalankan penyelidikan. Seramai sepuluh keluarga dengan empat orang ahli daripada setiap keluarga terlibat dalam kajian ini, iaitu bapa, ibu dan dua orang anak. Dengan kata lain, kajian ini melibatkan seramai 40 orang peserta kajian. Pengalaman mengenai amalan keibubapaan yang dilalui dikumpulkan melalui temu bual clan pemerhatian. Enam prinsip etika iaitu autonomi, beneficence atau kemurahan hati, non-maleficence atau bukan berbuat jahat, keadilan, kesetiaan dan self-interest atau kepentingan diri menjadi asas dalam pertimbangan yang dilakukan. Keutamaan penyelidikan adalah tidak ingin mendatangkan kemudaratan kepada peserta kajian. Setiap ahli keluarga mempunyai kebebasan untuk membuat pilihan dan tindakan. Mereka menerima maklumat mengenai kajian ini serta cara pengumpulan data sebelum membuat keputusan mengenai penglibatan dalam kajian ini. Persetujuan bermaklum dijalankan bersama setiap ahli keluarga sebelum memulakan temu bual. Kedua-dua pihak, iaitu penyelidik dan peserta kajian, sedar mengenai tujuan dan tanggungjawab masing-masing semasa kajian dijalankan.

Reference
  • 1. Bond, T. (2000). Standards and Ethics for Counselling in Action (2nd edition). London: Sage Publications.
    2. Denzin, N. K. & Lincoln, Y. S. (2000). (Eds.). Handbook of Qualitative Research (2nd edition). Thousand Oaks, California: Sage Publications.
    3. Fine, M., Weis, L, Weseen, S. & Wong, L. (2000) For Whom? Qualitative Research, Representations, and Social Responsibilities. In N. K. Denzin, and Y. S. Lincoln, Handbook of Qualitative Research. Thousand Oaks, California: Sage Publications.
    4. Glesne, C. and Peshkin, A. (1992). Becoming Qualitative Researchers: An Introduction. New York: Longman.
    5. Kitchener, K. S. (1984). Intuition, Critical Evaluation and Ethical Principles: The Foundation for Ethical Decisions for Counseling Psychology. The Counseling Psychologist, 12(3): 43-55.
    6. McLeod, J. (2001). Qualitative Research Method in Counselling and Psychotherapy. London: Sage Publications.
    7. Merriam, S. B. (1988). Case Study Research in Education: A Qualitative Approach. San Francisco: Jossey-Bass Publisher.
    8. Patton, M. Q. (2002). Qualitative Evaluation and Research Methods. (3nd ed.). Thousand Oaks, California: Sage Publications.
    9. Rudestam, K. E. &Newton, R.R. (2001 ). Surviving Your Dissertation: A Comprehensive Guide to Content and Process (2nd ed). Thousand Oaks, California: Sage Publications.
    10. Robson, M., Cook, P., Hunt, K., Alred, G., & Robson, D. (2000). Towards Ethical Decision-making in Counselling Research. British Journal of Guidance and Counselling, 28(4): 533-547.
    11. Stake, R. E. (1995). The Art of Case Study Research. Thousand Oaks, California: Sage Publications.
    12. Watt, D. (2007). On Becoming a Qualitative Researcher: The Value of Reflexivity. The Qualitative Report. 12(1): 82-101.