Sistem regulasi media siaran Indonesia dan Malaysia
List of Authors
  • Badrul Redzuan Abu Hassan , Dewi Anggrayni

Keyword
  • Regulasi Penyiaran, Komisi Penyiaran Indonesia, Dewan Pers, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Kebebasan Media

Abstract
  • Kajian ini cuba memahami fungsi, kesan dan cabaran pengawalan media dengan menumpukan kepada badan-badan pengawalseliaan di Malaysia dan Indonesia. Untuk tujuan ini, pengawal selia media Malaysia dari Kementerian Dalam Negeri iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia (CMCF), serta badan-badan di Indonesia iaitu Komisi Penyiaran Indonesia (KPI) dan Dewan Pers telah dipilih untuk memberikan maklumat berkenaan pengawalan siaran media menerusi temubual mendalam yang dijalankan pengkaji. Secara umumnya, kajian ini telah menunjukkan bahawa isu-isu yang berkaitan dengan tadbir urus media dan amalan peraturan yang tidak eksklusif tetapi saling berkongsi antara kedua-dua negara. Secara perbandingan, pengkaji telah mengenal pasti tiga bidang utama yang penting dalam wacana tadbir urus dan peraturan di Malaysia dan Indonesia. Pertama ialah modus operandi. Di kedua-dua negara, pemantauan dan pengawalseliaan dasar dan undang-undang media secara amnya bukan konfrontatif tetapi secara kerjasama. Kedua ialah ketelusan. Pengawal selia Malaysia dilihat kurang bersedia untuk memaklumkan dan berkongsi dengan masyarakat awam berbanding dengan badan-badan di Indonesia. Hal ini dikatakan berbeza kerana di Indonesia masyarakat boleh terlibat seccara interaktif dalam pemberitaan media. Terdapat juga perbezaan konsep yang konsisten di antara negara-negara ini apabila ia melibatkan kebebasan dan akses kepada maklumat. Pihak berkuasa Indonesia sememangnya menyampaikan maklumat dalam tadbir urus yang telus dengan menggunakan aplikasi media sosial seperti Facebook untuk memastikan orang ramai dimaklumkan tentang akibat-akibat kepada tindakan mereka. Menariknya, pihak berkuasa Malaysia, bagaimanapun dilihat mempunyai kecenderungan untuk menangguhkan maklumat untuk disampaikan kepada masyarakat awam dengan menjelaskan tindakan mereka atau sekatan demi memastikan ketelusan. Ketiga ialah autonomi. Walaupun pengawal selia tugasnya berkaitan dengan undang-undang penyiaran, etika dan ketetapan lain, tetapi pengecualian pesalah tidak selalu menjadi prerogatif kerana ia mungkin mengambil 'perundingan giliran' apabila ia melibatkan pengusaha media-ahli politik. Pihak berkuasa pengawalseliaan yang berkurang telah menimbulkan persoalan mengenai pentadbiran media dan autonomi untuk pengawasan orang ramai.

Reference
  • 1. Abu Bakar, A. (2008). Paradigma, Kebijakan, dan Kegiatan. Banda Aceh: Dinas Syariat Islam.
    2. Buku Saku Wartawan. 2013. Edisi baru. Jakarta: Dewan Pers.
    3. Bruhn Jensen, Klaus. 2002. A handbook of media and communication research. Qualitative and quantitative methodologies. London: Routledge.
    4. Dewan Pers Indonesia http://dewanpers.or.id/perusahaan [15 April 2017].
    5. Komisi Penyiaran Indonesia http://www.kpi.go.id/index.php/id/ [15 April 2017].
    6. Nugroho, Y. et al, (2012). Mapping Media Policy in Indonesia. Jakarta: Centre for Innovation Policy and Government.
    7. Roslina Abdul Latif (2014). Sejarah Televisyen di Malaysia. Thesis PhD Universiti Kebangsaan Malaysia.
    8. Sekretariat Dewan Pers. (2013). Buku Saku Wartawan. Jakarta: Dewan Pers.
    9. Taufiqqurrrachman (2010). Dasar Dan Sistem Penyiaran Televisyen di Kepulauan Riau (KEPRI), Indonesia, Tahun 2002-2009. Thesis Master Universiti Kebangsaan Malayasia.
    10. Communications and Multimedia Content Forum of Malaysia (CMCF) http://cmcf.my/node/665/faq [ 12 April 2017].
    11. Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia https://www.mcmc.gov.my/ [12 Mei 2017].
    12. Multimedia Content Forum Of Malaysia (CMCF) https://www.lawyerment.com/guide/biz/Business_Research_and_Resources/Industrial_Or ganisations_and_Statutory_Corporations/2869.htm [23 April 2017].