Pengetahuan dan kesediaan guru dalam pelaksanaan kurikulum bersepadu Dini
List of Authors
  • Abd Basit Abd Rahim , Hafizhah Zulkifli

Keyword
  • Kurikulum Bersepadu Dini, Kurikulum Azhari, KBD, Dini, Azhari

Abstract
  • Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) juga dikenali sebagai Kurikulum Bu’uth Azhari telah dilaksanakan bermula dari tahun 2015 lagi. Kurikulum ini diambil terus dari Ma’ahad Bu’uth al-Azhar al-Syarif Mesir hasil kerjasama dan usaha KPM, LEPAI, dan Jabatan Agama Islam Negeri serta Majlis Agama Islam negeri. Kertas konsep ini bertujuan untuk menerangkan pengetahuan dan kesediaan guru dini, guru Pendidikan Islam mahupun guru- guru yang dipertanggungjawabkan dalam pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini (kbd). Hasilnya mendapati guru-guru telah diberikan maklumat berkaitan kbd, garis panduan, DSKP dan maklumat berkaitan dari KPM dan Jabatan Agama Islam Negeri Bahagian Pendidikan. Kertas konsep ini menggunakan kajian kepustakaan melalui analisis daripada kajian-kajian lepas. Kertas konsep ini juga mendapati peringkat awal pelaksanaan kbd hanya kepada SABK aliran Dini serta Tahfiz. Namun kini, kurikulum ini telah diterima pakai di kebanyakan sekolah dan negeri walaupun bukan dari SABK. Pelaksanaan kbd telah melalui beberapa perubahan dan penambahbaikan. Kebanyakan kajian tertumpu kepada pelaksanaan dan cabaran kbd. Oleh itu, kertas konsep ini berusaha untuk menerangkan pengetahuan dan kesediaan guru dalam pelaksanaan kbd khususnya di Negeri Pahang. Diharapkan, melalui kertas konsep ini pengetahuan yang diperlukan oleh guru dini, Pendidikan Islam mahupun guru yang menjalankan kbd serta kesediaan guru dalam pelaksanaan kbd di sekolah dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

Reference
  • 1. Al-Quran

    2. Abdullah Basmeih. (2010). Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian al-Qur’an. Kuala Lumpur: Darul Fikir. cetakan. 12.

    3. Ali Musa Al-Hasan. (2021). Falsafah Al-Tarbiyah Fi Isri Al-Nahdhah Al-‘Arabiyah (Al- Tahtawi Anamuzajan). Journal Universiti Damsyik Lidirasat Al-Tarikhiyyah 141 (1): 205-232.

    4. Awg H.Asbol Haji Mail, Ampuan Dr Haji Brahim Ampuan Hj Tengah & Haji Tassim Haji Abu Bakar. (2019). Arabic Schools In Negara Brunei Darussalam (1941 – 2005): Development And Challenges. International Journal Of Innovation, Creativity And Change. 7(7): 351-370.

    5. Fidayani E, Ammar F.. (2023).The Use Of Azhari Curriculum In Arabic Language Learning At Islamic Boarding School. Nazhruna: Jurnal Pendidikan Islam (2023) 6(1).

    6. Ghazali Darussalam. (2008). Teori dan Model Pengajaran Pendidikan Islam. Seminar Penyelidikan Pendidikan Jpn Wilayah Persekutuan Labuan. July 2009. Issues In Education 32(32):113-138.

    7. Hadari, Fatma. (2019). La Vision Réformiste Et Pédagogique D'après Tahtâwî Et Fénelon. Https://Doi.Org/10.17576/Islamiyyat-2021-4302-10. https://admission.kuim.edu.my/index.php/JULWAN/article/download/695/552

    8. Hussain, F., Yusoff, N. M. R. N., Lubis, M. a. L. A., & Jusoh, M. Z. (2020). Amalan Bahan Bantu Pengajaran Guru Dalam Pengajaran Nahu Kurikulum Bersepadu Dini Sekolah Agama. Jurnal ‘Ulwan, 5(1), 134–145.