Pengaplikasian pendekatan tematik dalam pengajaran bahasa melayu sekolah rendah
List of Authors
  • Norliza Ramlan , Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad

Keyword
  • Pendekatan Tematik, Pengajaran, Bahasa Melayu, Sekolah Rendah

Abstract
  • Pengaplikasian pendekatan pengajaran yang sesuai dengan aras dan keperluan murid dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah. Sebagai pelaksana, guru perlu mengambil inisiatif untuk mengaplikasikan pelbagai pendekatan bagi mengapdaptasikan amalan dengan keperluan murid dalam mendepani revolusi pendidikan masa kini. Pendekatan tematik yang telah diberi nafas baru dalam sistem pendidikan Malaysia merupakan satu pendekatan realistik yang menggunakan tema sebagai tunjang PdP. Oleh itu, tujuan utama kajian ini adalah untuk meneroka pengaplikasian pendekatan tematik yang dijalankan oleh guru Bahasa Melayu di sekolah rendah. Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan kualitatif dengan pendekatan kajian kes iaitu satu kes pelbagai lokasi. Peserta kajian merupakan lima orang guru Bahasa Melayu dari lima buah sekolah rendah yang terletak di lima buah negeri dalam Malaysia. Kaedah pengumpulan data bagi kajian ini ialah kaedah temu bual sebagai kaedah utama dan pemerhatian serta analisis dokumen sebagai kaedah sokongan. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Nvivo14 secara tematik. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa guru Bahasa Melayu telah mengaplikasikan pendekatan tematik dalam pengajaran bahasa Melayu dengan baik mengikut ketetapan pengoperasian pendekatan tersebut. Dapatan pemerhatian dan analisis dokumen turut menyokong dapatan temu bual dengan menunjukkan bahawa guru Bahasa Melayu telah mengaplikasikan pendekatan tematik dalam sesi PdP dengan baik dan berkesan. Hal ini membuktikan bahawa guru Bahasa Melayu sekolah rendah mengamalkan pendekatan tematik dalam pengajaran bahasa Melayu di sekolah. Kesimpulannya, pemerkasaan PdP melalui pendekatan tematik ini mampu memastikan penyampaian ilmu serta kemahiran bahasa Melayu dapat dilaksanakan secara efektif. Bahkan pengaplikasian pendekatan tematik juga dapat meningkatkan amalan pedagogi guru serta amalan pembelajaran murid sekali gus memperkasakan dunia pendidikan masa ini.

Reference
  • 1. Abdul Majid. (2014). Pembelajaran Tematik Terpadu. Bandung: PT Remaja Rosdakarya.

    2. Atmazaki. (2013). Penilaian alternatif dalam pembelajaran Bahasa Indonesia. Padang: Unp Press.

    3. Eka Putri Martiyana, Ujang Jamaludin, Ikman Nur Rahman. (2021). Peranan Guru Dalam Menanamkan Karakter Percaya Diri Pada Pembelajaran Tematik Berbasis Daring. Al Ibtida. Jurnal Pendidikan Guru Mi, 7 (2), 179-196.

    4. Faqih Hakim Hasibuan, Sri Minda Murni & Abdurrahman Adisaputera. (2021). Development of Integrated Thematic Learning Models in Primary School Education. Proceeding ICHELSS 2021, March 25-27, Jakarta, Indonesia, hlm: 555-558.

    5. I Putu Mas Dewantara. (2020). Curriculum changes in Indonesia: Teacher constraints and students of prospective teachers’ readiness in the implementation of thematic learning at low grade primary school. Ilkogretim Online. Elementary Education Online, 19 (2), 1047-1060.

    6. Juliper Nainggolan. (2020). Analysis of The Success Rate of Thematic Learning Implementation of Low Grade Elementary School. International Journal of Education and Research, 8(2), 51-56.

    7. Kamarulzaman Abdul Ghani & Saiful Nizam Sulaiman. (2019). Pengajaran Kemahiran bertutur bahasa Arab dalam kalangan guru J-Qaf di sekolah kebangsaan. The Online Journal of Islamic Education, 7(1), 1-14.

    8. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran : Bahasa Melayu. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

    9. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2021). Buletin BPK September-Oktober. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

    10. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2022). Naskah Rintis: Panduan Pendekatan Bertema dalam Pelaksanaan Kurikulum Kebangsaan. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

    11. Lisa Wong Siao Ching & Nurfaradilla Mohamad Nasri. (2021). Hubungan antara tahap kebolehan pengajaran dengan pengalaman mengajar guru Bahasa Melayu dalam mengaplikasikan pedagogi responsif budaya. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(2),468-483.

    12. Mohamad Muklis. (2012). Pembelajaran Tematik. FENOMENA, 4 (1), 63-76.

    13. Mohamad Maulidin Alif Utama. (2020). Student motivation in thematic learning at elementary schools. Southeast Asian Journal of Islamic Education, 3(1), 1-21.

    14. Mohd Maziz Al-Hadi Moharam, Saifulazry Mokhtar & Kasoma Thia. (2021). Pendekatan kaedah interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam abad ke-21 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kinabalu. 5th International Conference on Teacher Learning and Development.

    15. Mohd Rohiman, Azlinda & Ismail. (2022). Pelaksanaan pengajaran guru Bahasa Melayu berteraskan KPMPerkasaKU: Satu kajian kes. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(1), 419- 427.

    16. Muhammad Safdar Bhatti. (2021). Teaching Speaking Skills through Role Play at Elementary Level: An Analysis. Jurnal Arbitrer, 8(1), 93-100.

    17. Narti, Y., Setyosari, P., Degeng, I. N. S., & Dwiyogo, W. D. (2016). Thematic Learning Implementation in Elementary School (Phenomenology Studies in Pamotan SDN 01 and 01 Majangtengah Dampit Malang). International Journal of Science and Research, 5(11), 1849–1855.

    18. Novtryananda M.S. Ghunu. (2022). The challenges of remote area elementary schools in thematic curriculum implementation. International Journal of Instruction, 15(2), 19-36.

    19. Nur Fadhilah Amir, Irma Magfirah, Wa Malmia, Taufik. (2020). Penggunaan Model Problem Based Learning (Pbl) Pada Pembelajaran Tematik Siswa Sekolah Dasar. Uniqbu Journal of Social Sciences (UJSS), 1(2), 22-34.

    20. Nurul Hidayah. (2015). Pembelajaran Tematik integratif di Sekolah Dasar. Jurnal Pendidikan dan Pembelajaran Dasar, 2 (1), 34-49.

    21. Patton, M.Q. (2002). Qualitative Research And Evaluation Methods. 3rd Edition. Thousand Oaks: Sage Publications Inc.

    22. Rejeki, M.Fachri Adnan & Pariang Sonang Siregar. (2020). Pemanfaatan Media Pembelajaran Pada Pembelajaran Tematik Terpadu Di Sekolah Dasar. Jurnal Basicedu, 4 (2), 337-343.

    23. Rika Sasriyanti, Farida F., Jon Efendi. (2021). Integrated Thematic Learning Based On Discovery Learning in Excellent Islamic School Bukit Tinggi. JURNAL BASICEDU, 5 (2), 538-545.

    24. Rizki Ananda, Fadhilaturrahmi & Imam Hanafi. (2021). Dampak Pandemi Covid-19 terhadap Pembelajaran Tematik di Sekolah Dasar. JURNAL BASICEDU, 5 (3), 1689-1694.

    25. Robin Fogarty. (1991). How to Integrate the Curricula. Illinois: Skylight Publishing.

    26. Ryzal Perdana & Meidawati Suswandari. (2021). Literasi Numerasi Dalam Pembelajaran Tematik Siswa Kelas Atas Sekolah Dasar. Absis: Mathematics Education Journal, 3 (1), 9-15.

    27. Selvi Loviana & Wastika Niti Baskara. (2020). Dampak pandemik COVID-19 pada kesiapan pembelajaran Tadris Matematika IAIN Metro Lampung. Jurnal Pendidikan Matematika, 2(1), 61-69.

    28. Silvia & Hadiyanto. (2019). Kesiapan Dan Kemampuan Guru Dalam Menerapkan Pembelajaran Tematik Terpadu Di Sekolah Dasar Gugus 01 Baruah Gunuang. Jurnal Basicedu, 3(2), 524-532.

    29. Sobri, A. Y., & Ningrum, E. S. (2015). Implementasi Kurikulum 2013 di Sekolah Dasar. Manajemen Pendidikan, 24(5), 416–423.

    30. Sofiana Hassan. (2020). Tahap pengetahuan dan sikap guru Bahasa Melayu daerah Sibu dalam mengaplikasikan kemahiran abad ke-21. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 10 (2), 74-81.

    31. Suharman, Maya Agustina & Tengku Hafinda. (2022). Integrated Thematic Learning during COVID-19 Pandemic. Jurnal Pendidikan, 14 (2), 1439-1450.

    32. Trianto. (2011). Desain Pengembangan Pembelajaran Tematik. Jakarta: Kencana.

    33. Umabarathi Moorthy & Muna Ruzanna Wan Mohammad. (2024). Pelaksanaan Pendekatan Bertema Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Dunia Pendidikan, 6(1), 455-467.

    34. Volk,K.S. (2000). Teaching graphic communications using a thematic approach. Science technology education: Enhancing the quality of life through science & technology: Science & Technology Education Conference 2000 proceeding. Hong Kong Institute of Education, Hong Kong, China, hlm. 268-276.

    35. Wan Ali Akbar Wan Abdullah, Khadijah Abdul Razak & Mohd Isa Hamzah. (2020). Pengurusan masa guru inovatif pendidikan Islam. The Online Journal of Islamic Education, 8(2).

    36. Wong, L.S.C & Nurfaradilla Mohamad Nasri. (2021). Hubungan antara tahap kebolehan pengajaran dengan pengalaman mengajar guru Bahasa Melayu dalam mengaplikasi pedagogi responsif budaya. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(2), 468-483.

    37. Zamri Mahamod. (2019). Inovasi PdP dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Cetakan Ketiga. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

    38. Zulkifly Md Alwayi, Rahimah Embong, Huda Afiqah Hashim. (2021). Perancangan pengajaran guru dalam pembelajaran dan pemudahcaraan: satu kajian rintis. Asian Journal of Civilizational Studies, 3(1), 11-18.