Faktor keciciran murid di sekolah Peribumi Penan
List of Authors
  • Sofianie Sulaiman , Wan Muna Ruzanna Wan Muhammad

Keyword
  • Faktor, Keciciran Murid, Sekolah Peribumi, Murid Peribumi, Penan

Abstract
  • Isu keciciran murid peribumi Penan bukanlah suatu isu yang baharu di Malaysia. Keciciran murid peribumi Penan ini semakin hari semakin membimbangkan. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan yang bertujuan untuk meneroka faktor keciciran murid di sekolah Peribumi Penan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif berdasarkan kajian kes jenis deskriptif. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor keciciran murid yang berlaku di sekolah peribumi Penan. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah rendah yang majoriti muridnya daripada etnik Penan (Sekolah Peribumi) yang terletak di kawasan pedalaman daerah Belaga, Sarawak. Kajian ini melibatkan dua orang guru iaitu Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran, lima orang murid yang kerap tidak hadir dan beberapa orang ibu bapa murid di sekolah peribumi ini yang dipilih melalui persampelan rawak bertujuan. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan set soalan temu bual separa berstruktur untuk mengumpul data. Data yang diperolehi direkodkan secara verbatim dan dianalisis dengan menggunakan perisian Nvivo 14. Hasil dapatan mendapati terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi keciciran murid seperti faktor konsep kendiri, faktor kurang kemahiran keibubapaan, faktor kejutan budaya dan lain-lain. Kajian ini diharapkan dapat memberi kefahaman tentang isu keciciran yang berlaku dalam kalangan murid Peribumi Penan.

Reference
  • 1. Abdul Razaq Ahmad., & Zalizan Mohd Jelas. (2009). Masyarakat Orang Asli : Perspektif Pendidikan dan Sosiobudaya. Universiti Kebangsaan Malaysia, 47-58.

    2. Ambau., Modin, Zaki, Pakhriazad Hassan, Emang, Diana, Magiman, & Mohamad Maulana. (2021). Quality of Life Among the Penan Community at Murum Resettlement Site (MRS), Belaga Sarawak. ANP Journal of Social Science and Humanities, 3, 62-71.

    3. Awang., M.M, Khairuddin, K. F, Ahmad, A. R, Ghani, S. A, & Mamat, R. M S. R. (2022). Ketidakhadiran ke Sekolah : Faktor Penyebab, Aktiviti Ketika Ponteng dan Aspirasi Budaya Belajar Pelajar Orang Asli. Malaysia Journal of Learning and Instruction, 19 (1), 227-308.

    4. Azizi Yahaya., & Mohd Sofie Bahari. (2010). Gaya Asuhan Ibu Bapa Remaja Terhadap Tingkah Laku. Universiti Teknologi Malaysia.

    5. Azlin Norhaini Mansor., Suria Huszaini, Ummi Salamah Samadi, & Intan Farahana Kamsin. (2015). Kemahiran Kehidupan Untuk Murid Berisiko Tercicir. Journal of Personalized Learning, 1 (1), 93-103.

    6. Chabo. D., Masron, T., Jubit, N., & Yaakub, N. F. (2022). Spatial Temporal of School Dropout Hot Spot : A Case Study of Sarawak District Education. GEOGRAFI, 10 (2), 54-68.

    7. Haslina Mohd Hassan., Mohd Azul Mohamad Salleh, Abdul Latiff Ahmad. (2021). Keibubapaan Digital dan Mediasi Ibu Bapa Terhadap Penggunaan Internet Remaja di Malaysia. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6 (8), 121-132.

    8. Jamaludin Ramli. (2014). Pengertian Konsep Kendiri.

    9. Marcus Phillip Paul., Welyne Jeffrey Jehom, & Kamal Solhaimi bin Fadzil. (2021). Bullying Amongst Orang Asli Children : A Qualitative Case Study In An Orang Asli Primary School In The Klang Valley, Malaysia. SARJANA, 36 (2), 1-24.

    10. Naquiah Nahar., Sahrunizam Sangi, Dharsigah A/P Baniear Salvam, Nurhidayu Rosli., Abdul Hafiz Abdullah. (2018). Impak Negatif Teknologi Moden Dalam Kehidupan Dan Perkembangan Kanak-kanak Hingga Usia Remaja. International Journal of Islamic and Civilization Studies, 5 (1), 87-99.

    11. Norfarahzatul Asikin Zakari., Mohamad Zuber Abd. Majid, & Muhammad Hussin. (2022). Keciciran Murid Sekolah di Malaysia : Suatu Pemerhatian Awal. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7 (2).

    12. Nofazilah Mohd Sajat, Zainudin Hassan, Mohd Hizwan Mohd Hisham, Jamaluddin Harun, & Bahiyah Abd Wahab. (2023). Transitional Dropout of Indigenous Pupils : A Case Study in Sungai Siput, Perak. International Journal of Academic Research in Progressive Education and Development, 12 (2), 2738-2747.

    13. Nur Bahiyah Binti Abdul Wahab., Maryati Mohamed, Azman Hassan, & Mohd. Najib Haron. (2013). Penerapan Elemen Sekolah Rimba Malaysia Dalam Kalangan Murid Orang Asli. 2nd International Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE 2013), 424-432.

    14. Sharifah Md Nor., Samsilah Roslan, Aminuddin Mohamed, Kamaruddin Hj. Abu Hassan, Mohamad Azhar Mat Ali, & Jaimah Abdul Manaf. Dropout Prevention Initiatives For Malaysian Indigenous Orang Asli Children. The International Journal on School Disaffection  Trentham Books 2011.

    15. Wan Roslina Wan Ismail., & Abdul Rahim bin Othman Suheimi bin Abdul. (2018). Persepsi Murid-murid Orang Asli Suku Ketusi Terhadap Minat Dan Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pelajaran Di Sekolah. Proceedings of International Conference on The Future of Education (IConFEd) 2018.

    16. Yew Wong Chin., Saiful Farisin Md Ramlan, Mohd Rusydi Ahmad, Norhayati Ab Manaf, Novel Lyndon, & Lim Jie Wei. Persepsi Ibu Bapa Orang Asli Terhadap Pengalaman Pendidikan Anak-anak Orang Asli di Sekolah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6 (12), 24-39.

    17. Sarrunnida Binti Ahmad Zaine., & Isrul Hasrita Binti Ismail. (2020). Persepsi Pelajar Terhadap Masalah Sosial : Suatu Kajian Di Politeknik Malaysia. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi dan Sains Sosial, 1 (1).