Kesedaran dan pengetahuan terhadap keselamatan dan privasi melalui media sosial dalam kalangan belia
List of Authors
  • Mohd Azul Mohamad Salleh , Mohd Yusof Hj Abdullah

Keyword
  • kesedaran, pengetahuan, safety, privasi, youth

Abstract
  • Aplikasi media sosial pada masa kini banyak digunakan untuk menyebar dan memapar maklumat kepada pengguna. Maklumat seperti teks, grafik, audio, animasi dan video dapat dikongsi secara dalam talian dengan mudah dan cepat. Selain itu, aplikasi media sosial memudahkan pengguna untuk menjalinkan hubungan dan membina rangkaian hubungan peribadi dengan pengguna lain.Jika dilihat dari konteks keselamatan dan risiko privasi, perkara ini akan memberi kesan kepada pengguna kerana maklumat dan aktiviti mereka dapat diakses melalui rangkaian sosial dengan mudah. Isunya disini, sejauhmana belia pada hari ini mempunyai kesedaran, kefahaman dan pengetahuan tentang keselamatan dan privasi maklumat peribadi ketika berkomunikasi secara dalam talian. Kajian ini telah menemubual 1600 orang belia di Malaysia mengguna instrumen soal selidik. Hasil kajian mendapati majoriti belia mengguna aplikasi lebih dari 3 jam sehari, malah Facebook, Whatsapp dan Instagram pula merupakan aplikasi yang popular dalam kalangan mereka. Mereka menggunakan aplikasi media sosial untuk mencari maklumat umum, berhubung dengan rakan-rakan dan berinteraksi dengan ahli keluarga melalui fasiliti chat yang disediakan. Hasil kajian juga mendapati belia pada hari ini mempunyai kesedaran dan pengetahuan terhadap isu privasi dan keselamatan ketika dalam talian di media sosial. Kajian ini memberi maklumat yang penting untuk memahami, menilai kesedaran dan pengetahuan belia di Malaysia terhadap privasi maklumat dan keselamatan di media sosial untuk meneroka kehidupan dalam era 4IR dan persekitaran digital pada masa hadapan terutamanya pada tahun 2050.

Reference
  • 1. Allmer, T. 2011. Critical surveillance studies in the information society. triple: Communication, Capitalism & Critique. Open Access Journal for a Global Sustainable Information Society. 9(2), 566-592.
    2. Andrews, L. 2011. I know who you are and I saw what you did: social networks and the death of privacy. New York: Free Press.
    3. Fuchs, C. 2012. The political economy of privacy on Facebook. Television & New Media.13(2), 139-159.
    4. Get Safe Online. https://www.getsafeonline.org.
    5. Kumar, R. Novak, J. & Tomkins, A. 2006. Structure and evolution of online socialnetworks. Proceedings of the 12th ACM SIGKDD international conference on Knowledge discovery and data mining, hlm. 611–617.
    6. Madden, M., Lenhart, A., Cortesi, S. & Gasser, Urs. 2013. Teens and Mobile Apps Privacy. PewResearchCenter. http://pewinternet.org/Reports/2013/Teens-and- Mobile-Apps-Privacy.aspx.
    7. Marwick, A. E. 2012. The public domain: surveillance in everyday life. Surveillance & Society. 9(4), 378-393.
    8. Milton Joe, M., Ramakrishnan, B. 2014. Enhancing security module to prevent data hacking in online social networks. Journal of Emerging Technologies in Web Intelligence 6(2): 184-191.
    9. PewResearchCenter. 2013. Teens, Social Media, and Privacy. The Berkman Center for Internet & Society. Harvard University.