Dimensi pelajar terhadap penggunaan aplikasi teknologi maklumat dalam kursus murajaah Al-Quran: Kajian terhadap pelajar program sarjana muda qiraat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
List of Authors
  • Abdul Rahim Ahmad , Hayati Hussin

Keyword
  • Sarjana Muda Pengajian Qiraat dengan kepujian, Universiti Sains Islam Malaysia, Aplikasi Teknologi Multimedia (ATM), Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), Murajaah Al-Quran

Abstract
  • Seiring dengan perkembangan semasa teknologi abad ke-21 ini, penggunaan aplikasi teknologi multimedia (ATM) dalam sektor pendidikan berpotensi untuk melahirkan pelajar yang berpengetahuan, berkemahiran serta berdaya saing. Kepelbagaiaan ATM dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran mampu melahirkan generasi al-Quran yang cemerlang dalam pelbagai bidang. Justeru kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan ATM dalam kursus Murajaah Al-Quran bagi program Sarjana Muda Qiraat dengan kepujian. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang berbentuk kajian kes melalui temu bual kumpulan fokus (FGD) digunakan kerana ia menepati objektif kajian. Hasil kajian kmendapati kebanyakkan pelajar menggunakan ATM dalam kursus Murajaah Al-Quran. Terdapat 27 daripada 32 orang pelajar iaitu mewakili 84% daripada jumlah keseluruhan pelajar. Adapun baki pelajar pula iaitu 5 daripada 32 orang mewakili 16% mengatakan mereka tidak menggunakan ATM. Terdapat pelbagai platform ATM yang digunakan oleh pelajar seperti Smart Quran, QuranPro, App Quran Memorization, Quran Memorization Test, Al-Quran Android, Apps dan Tarteel Di antara cabaran utama yang terpaksa dihadapi oleh pelajar menggunakan ATM ialah kekangan capaian internet, tidak fokus, lalai dan leka. ATM juga memberi impak yang positif dalam kursus murajaah al-Quran seperti mudah, membantu dan senang mengulang, Kajian ini memberi implikasi penting kepada Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti awan dan swasta serta Intitusi pengajian Tahfiz di Malaysia secara umumnya ke arah pembentukan generasi al-Quran yang lebih mantap dan berkualiti dalam menguasai hafazan al-Quran dan teknologi maklumat.

Reference
  • 1. Siti Suriyani Sulaiman. "Kaedah Hafazan : Suatu Tinjauan Ringkas." E-Journal of Islamic Thought and Understanding, vol.2 (2018) 44-59.

    2. Mohd Khairulnizam Ramlie, Ahmad Zamzuri Mohamad Ali dan Muhammad Ihsan Rokeman. "Pengalaman Pelajar (LX) Pelbagai Peringkat Umur Terhadap Penggunaan Teknologi Tutor Hologram." Jurnal Pertanika, 30(2), (2022) 779-796.

    3. Walker, R. A. " Holograms as teaching agents." Journal of Physics: Conference Series, 415(1), (2013). 1-5.

    4. Chiang, Y., & Tu, J. "The influence of design strategy of peer learning on 3-D software learning." EURASIA Journal of Mathematics, Science and Technology Education, 12(5), (2016) 1263-1271.

    5. Ahmad al-'Ayyid & Dawud 'Abduh. "al-Mu'jam al-'Arabi al-Asasi. Al-Munazimah al-'Arabiyya Al-Ahwany." (1989).

    6. Ahmad Fuad. "al-Tarbiyah Fi al-Islam. " Qaherah: Dar al-Ma'arif al-Halaby. (1983).

    7. Ab. Fatah Hasan, "Penggunaan Minda Yang Optimum Dalam Pembelajaran." Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. (1994).

    8. Irwan Widiatmoko "Teknik Meningkat Daya Ingatan Anda." Kuala Lumpur: Synergi Media. (t.t).

    9. Zulkifli Mohamad al-Bakri, "Hebatnya Kuasa Hafazan." Kuala Lumpur: PTS Islamika Sdn. Bhd. (2014)

    10. Schunk D.H. "Learning Theories." Second edition. New Jersey. USA: Prentice Hall,Inc. (1996).

    11. Othman Lebar, "Penyelidikan Kualitatif." Univision Press Sdn.Bhd,.Selangor. (2012).

    12. Abdul Hafiz bin Abdullah, Hussin Saloman, Azmi Shah Sutratman, Sulaiman Shakib Mod Noor, Kamarul Azmi Jasmi dan Abdul Basit Samat, "Kajian Sistem Pembelajaran dan Kaedah Hafazan Al-Qur'an yang Efektif: Satu Kajian di Negeri Selangor dan Terengganu. " Selangor. (2005).

    13. Taylor, M., Duffy, S., & Hughes, G. "The use of animation in higher education teaching to support students with dyslexia. " Education + Training, 49(1), (2007). 25-35.

    14. Rahil Mahyuddin, Jami‟ah Mohamad dan Kasnani Ab. Karim "Kajian Terhadap Prinsip Asas Dan Metodologi Hafazan Al-Quran. " (2000).

    15. Barkhaya, N. M., & Abd Halim, N. D. “A review of application of 3D Hologram in Education: A meta-analysis.” IEEE 8th International Conference on Engineering Education (ICEED), Kuala Lumpur, Malaysia. ( 2016).

    16. Ghuloum, H. (2010). 3D hologram technology in learning environment. Proceedings of the 2010 InSITE Conference, 693-704

    17. Chan, C. K, "Use of animation in engaging teachers and students in assessment in Hong Kong higher education.” Innovations in Education and Teaching International, 52(5), (2013). 474-484.