Halangan kepada pendidikan dan latihan bagi wanita kurang upaya fizikal di Malaysia
List of Authors
  • Aizan Sofia Amin , Fauziah Ibrahim

Keyword
  • halangan, pendidikan, latihan, wanita kurang upaya fizikal, Malaysia

Abstract
  • Semenjak zaman sebelum merdeka lagi, kerajaan telah membentuk dasar, perundangan dan polisi yang berkait dengan Orang Kurang Upaya (OKU) tetapi OKU di Malaysia masih mengalami banyak halangan terutamanya dalam pendidikan dan latihan. Kajian melibatkan wanita kurang upaya Malaysia dalam pendidikan dan latihan amat sedikit walaupun ketidakupayaan dikatakan mempunyai hubungan dengan gender dan budaya. Sehubungan dengan itu, kertas kajian ini dibentuk untuk meneroka bagaimana wanita Malaysia dengan ketidakupayaan fizikal melalui pengalaman dalam pendidikan dan latihan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif sepenuhnya yang melibatkan mengumpulan data melalui temubual secara mendalam terhadap33 orang wanita Malaysia yang mempunyai ketidakupayaan fizikal (pergerakan). Seramai 17 wanita Melayu, 8 berbangsa Cina dan 8 berbangsa India telah ditemubual sebanyak 2 kali dalam tempoh 6 bulan. Majoriti wanita berasal daripada keluarga berpendapatan rendah luar bandar. Hasil kajian menunjukkan ramai wanita mempunyai akses yang terhad dalam pendidikan dan latihan disebabkan oleh halangan persekitaran dan sikap masyarakat yang diburukkan lagi oleh interaksi kompleks di antara faktor individu, keluarga, sosiobudaya dan gender.

Reference
  • 1. Chan, M. and Zoellick, R. B. (2011). Preface. In: WHO. World report on disability. Geneva: World Health Organization, xi.
    2. Department of Statistics Malaysia. (2011). Population distribution and basic demographic characteristic report 2010 accessed 10 February 2013 from http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?option=com_content&id=1215.
    3. Grech, S. (2009). Disability, poverty and development: Critical reflections on the majority world debate. Disability & Society, 24(6), 771-784.
    4. Hasnah T., Mohd Hanafi, M.Y., Mohd Mokhtar, T., & Norasuzaini, S. (2009). Sokongan dan Halangan yang dihadapi Pelajar-Pelajar Kurang Upaya di Sebuah Institusi Pengajian Tinggi Di Malaysia. ASEAN Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 1(2), 18-29.
    5. Ito, N. (2010). Convention on the Rights of Persons with Disabilities and Perspectives of Development Assistance: A Case Study of Thai Disability Policy. Asia Pacific Disability Rehabilitation Journal, 21(1), 43-58.
    6. Kuno, K. (2007). Does Community Based Rehabilitation Really Work? Community Based Rehabilitation (CBR) and Participation of Disabled People. ISM Research Monograph Series No. 5. Kuala Lumpur: Social Institute Malaysia.
    7. NGO Shadow Report Group. (2005). NGO Shadow Report on the Initial and Second Periodic Report of the Government of Malaysia: Reviewing the Government’s Implementation of the Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women (CEDAW). Kuala Lumpur: NCWO and WAO.
    8. Ong, L. C., Lim, Y.N., & Sofiah, A. (2002). Malaysian children with Spina Bifida: relationship between functional outcome and level of lesion. Singapore Medical Journal, 43(1), 12-17.
    9. Rao, I. (2010). Equity to women with disabilities in India accessed 14 September 2011, from http://www.cbrnetworksouthasia.org.in/uncrpd_equity.php?id=16.
    10. Schuller, I. (2010). The way women experience disabilities and especially disabilities related to leprosy in rural areas in south Sulawesi, Indonesia. Asia Pacific Disability Rehabilitation Journal, 21(1), 60-70.
    11. Shakespeare, T. (2012). Disability in developing countries. In: Watson, N. et al. eds. Routledge handbook of disability studies. London: Routledge Taylor & Francis Group, 271-284.
    12. WHO. (2011). World report on disability. Geneva: World Health Organization.