Dengan kemudahan teknologi yang serba canggih dan moden, segala maklumat yang diperlukan menjadi lebih pantas dan effisien. Apabila sistem pembayaran tanpa tunai (RFID) diperkenalkan, segalanya menjadi mudah. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauh mana penerimaan RFID ini dalam pembelian dan pembayaran ketika membeli belah di sekitar Lembah Klang. Faktor-faktor ini dikaji berdasarkan menggunakan model theory acceptance model (TAM) iaitu kebekerkesanan diri, persepsi kegunaan, persepsi kemudahan penggunaan dan persepsi risiko mempengaruhi niat kepada kegunaan. Kajian soal selidik telah diedarkan dan seramai 304 responden telah memberi kerjasama dengan menjawab borang soal selidik tersebut. Hasil kajian mendapati bahawa hanya dua daripada pembolehubah menunjukkan hubungan yang positif kepada pembolehubah bersandar iaitu persepsi kegunaan dan persepsi kemudahan penggunaan mempunyai hubungan yang positif terhadap niat untuk kegunaan hasil daripada keputusan yang signifikan dimana dua pembolehubah tidak bersandar tersebut mencatatkan 0.00<0.05. Dua lagi pembolehubah tidak bersandar iaitu keberkesanan diri dan persepsi risiko tidak boleh digunapakai keputusannya kerana mencatatkan melebihi 0.05. Hal ini mungkin disebabkan oleh responden kurang faham tentang soalan tersebut atau berlakunya ketidaktelusan dalam menjawab soal selidik yang diberikan.