Kesediaan Guru Sekolah Rendah Melaksanakan Pendidikan STEM
List of Authors
Jevitha Balasingam, Siti Nur Diyana Mahmud
Keyword
Kesediaan Guru; STEM; Pengetahuan; Kemahiran; Sokongan
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan meneroka kesediaan guru dalam melaksanakan pengintegrasian STEM di sekolah rendah. Pengetahuan dan kemahiran guru dalam pelaksanaan integrasi STEM dalam pengajaran dan pembelajaran adalah penting bagi menghasilkan pelajar yang berholistik dan bersedia mengadapi cabaran dunia sebenar. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif sepenuhnya. Teknik temu bual separa struktur telah digunakan melalui teknik persampelan bertujuan. Empat guru daripada bidang Sains, Matematik dan RBT telah dipilih sebagai peserta kajian. Terdapat dua objektif dalam kajian ini iaitu meneroka kesediaan guru dalam mengendalikan pengajaran dan pembelajaran pengintegrasian STEM di sekolah rendah dan meneroka sokongan yang diberikan dalam pelaksanaan STEM di sekolah rendah. Data yang diperoleh daripada transkrip temubual dan dianalisis menggunakan kaedah tematik dan pengekodan. Dapatan kajian menunjukkan, guru sekolah rendah di Kawasan Rantau, Negeri Sembilan mempunyai kesediaan yang tinggi dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran pengintergrasian STEM. Kesediaan guru dikaji dari segi pengetahuan dan kemahiran guru dalam pelaksanakan STEM di bilik darjah. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan terdapat sokongan daripada pihak pentadbir, Ibu bapa dan komuniti tempatan terhadap pelaksanaan STEM di lokasi tersebut. Kesimpulannya, pengetahuan dan Kemahiran guru mempengaruhi kesediaan guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berasaskan pengintegrasian STEM di sekolah. Sokongan terhadap pelaksanaan STEM perlu diteruskan untuk meningkatkan pendedahan pelajar terhadap bidang STEM yang akan menjadi akar tunjang kepada pembangunan individu dan negara.