Salah papar amalan perubatan dalam drama Melayu tempatan
List of Authors
  • Adli Azam Hj Mohammad Razi , Emma Mohammad , Fauziah Ahmad , Siti Aishah Hj Mohammad Razi

Keyword
  • elemen perubatan, drama, televisyen, industri drama tempatan, saranan

Abstract
  • Menonton drama televisyen sebagai bahan hiburan, dan sumber pengetahuan tidak dapat disangkal lagi sejak sekian lama. Mudah untuk diakses samada melalui televisyen itu sendiri, atau secara atas talian, setiap drama Melayu tempatan mempunyai para pengikut dan peminatnya tersendiri yang terdiri daripada pelbagai latar belakang yang sama atau berbeza. Walaubagaimanapun, kewujudan elemen dan babak perubatan di dalam drama Melayu sedikit terganggu apabila terdapat kesilapan – kesilapan di dalam pemaparannya di televisyen yang nyata boleh mengelirukan para penonton, serta mampu mencemarkan imej industri drama tempatan, juga imej institusi perubatan negara kita. Oleh itu, bagi mengelakkan kesilapan ini daripada terus berulang, beberapa saranan yang diperoleh melalui metode temu bual secara mendalam bersama enam orang penerbit drama tempatan telah dikenal pasti. Dipandu oleh penggunaan faktor struktur pengetahuan daripada model Teori Literasi Media yang dibangunkan oleh Potter (2004), terdapat lima elemen saranan yang telah dikenal pasti iaitu kesan media, kandungan media, industri media, dunia sebenar, dan yang terakhir diri sendiri. Justeru, hasil kajian ini harap dapat digunakan oleh semua pihak yang terlibat dengan industri drama tempatan dalam mengatasi kesilapan salah papar elemen perubatan di dalam drama Melayu tempatan.

Reference
  • 1. Dauglass Kellner, Jeff Share. 2007. Critical Media Literacy, Democracy, and the Reconstruction of Education. Dlm. D. Maeeda and S.R. Steinberg (penyt.) Media Literacy: A Reader, hlm. 3-23. New York: Peter Lang Publishing.
    2. Goodman K. 2007. Imagining Doctors: Medical Students and the TV Medical Drama. American Medical Association Journal of Ethics. 9 (3): 12-187. http://virtualmentor.ama-assn.org/2007/03/medu1-0703.html [18 August 2014].
    3. Jacquelyn Bishop. 2009. The Negative Images of Nursing Portrayed on Grey’s Anatomy, House, and ER and its Effects on Public Perception and the Contemporary Nursing Shortage. Annual Celebration of Student Scholarship adn Creativity.
    4. Kellner, D. , Shane, J. 2007. Critical Media Literacy, Democracy, and the Reconstruction of Education. In Media Literacy: A Reader , edited by D. Maeeda and S.R. Steinberg , 3- 23. New York: Peter Lang Publishing.
    5. Lolley S. 2008. Medical Professional and the Fictional TV Medical Drama House MD. McGill University.
    6. Rais Yatim. 2011. Memperkasakan Dunia Penyiaran Secara Kreatif dan Inovatif. Portal rasmi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Angkaspuri. Retrieved from http://kkmm.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=3394:ucapan-pemukiman-rtm&catid=174&lang=ms on 11 Sep 2017.
    7. Shanti Balraj. 2001. Dlm. Media Literacy in Malaysia: Making Connections with Critical Awareness. Peny. Mary Kalantzi and Ambigapathy Pandian. Literacy Metters: Issues for New Times. hlm 161-171. Common Ground Publishing Pty Ltd in Association with Universiti Sains Malaysia.
    8. Stribbling. L. 2008. Media Literacy From the Perspective of Broadcasters, and User Generate Content Producers Around the World. Commenwealth Broadcasting Association.
    9. Stobbe M. 2007. U.S Health Officials Prescribing Doses of Medical Accuracy for TV Shows. Deseret News. http://www.deseretnews.com/article/660213843/US-health-officials-prescribing-doses-of-medical-accuracy-for-TV-shows.html?pg=2 [12 Februari 2016].
    10. Tessa Jolls. 2011. Temubual bersama W. James Potter.
    11. Turrow J. 1996. Television Entertainment and the US Health Care Debate. The Lancate, Vol 347: hlm. 1240-1243. University of Pennsylvania Scholarly Commons.
    12. Turow J. 2012. Nurses and Doctors in Prime Time Series: The Dynamics of Depicting Professional Power. SceinceDirect. http://www.nursingoutlook.org/article/S0029- 6554(12)00142-X/pdf. [17 October 2014].