Penggunaan Model KST Untuk Membantu Murid Prasekolah Yang Kurang Berkomunikasi Dalam Kemahiran Membaca Dan Menulis Suku Kata KVKVKV
List of Authors
  • Nik Muhammad Ambare Nik Abdullah

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Penyelidikan kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan amalan pengajaran dan pembelajaran saya untuk membantu pelajar prasekolah yang kurang komunikasi semasa aktiviti didalam bilik darjah semasa aktiviti kemahiran membaca dan menulis kemahiran KVKVKV. Peserta kajian yang terlibat adalah empat orang murid perempuan berusia enam tahun dari Prasekolah di Mersing, Johor. Penyelidikan tindakan ini menggunakan kaedah pemerhatian melalui rakaman video, temu bual dengan guru prasekolah dan analisis dokumen sebagai kaedah pengumpulan data dalam mengumpulkan data. Untuk mengatasi masalah membaca dan menulis huruf dalam suku kata KVKVKV, saya merancang satu model yang disebut model KST ialah K (kenal) S (sebut) T (tulis). di mana ‘K’ mewakili aktiviti di mana murid-murid akan diperkenalkan dengan suku kata untuk mengenali huruf konsonan dan vokal (K ), yang kedua adalah aktiviti ‘S’ di mana murid menyebut suku kata K K K , dan yang ketiga adalah ‘T’ mewakili aktiviti menulis. Kaedah ini berkesan dalam membantu menarik minat murid menulis huruf dalam suku kata KVKVKV. Selain itu, kaedah ini juga menggabungkan konsep belajar melalui bermain di mana para peserta kajian diminta untuk berfikir dan bertindak mencari kad suku kata konsonan dan vokal, mencari kad huruf dan menulis suku kata KV pada lembaran kerja yang disediakan. Saya menggunakan kaedah triangulasi pada tema yang muncul dari tiga data yang dikumpulkan untuk menyokong kesahan data. Ini menunjukkan bahawa penyelidikan tindakan ini berjaya kerana objektif kajian dicapai melalui kaedah ‘KST’ dan membantu menarik minat murid membaca dan menulis huruf dalam suku kata KVKVKV. Oleh itu, saya sangat mengesyorkan guru prasekolah menggunakan kaedah ini dalam membantu murid prasekolah dalam kemahiran menulis.


Reference
  • No References Recorded