Mengukur Analisis Psikometrik Literasi Media Sosial di Kalangan Pengguna Media Sosial di Malaysia
List of Authors
  • Siti Nasarah Ismail

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Lonjakan dalam penggunaan media sosial telah membawa kepada cabaran baharu, berserta kebimbangan kritikal iaitu peningkatan perlakuan sexting di kalangan pengguna media sosial. Terdapat kebimbangan dan keraguan mengenai kecekapan atau literasi yang diperlukan untuk menggunakan aplikasi media sosial dengan sewajarnya. Oleh itu, adalah penting bagi pengguna media sosial untuk memiliki literasi media sosial dalam mengemudi dunia dalam talian dengan penuh tanggungjawab. Hasil analisis kajian adalah berdasarkan tinjauan yang dijalankan di kalangan 412 pengguna media sosial dari lima negeri di Malaysia iaitu Perlis, Selangor, Melaka, Pahang, dan Sarawak. Instrumen skala Literasi Media Sosial dibangunkan daripada Social Media Competence Scale for College Students (SMCS-CS) oleh Zhu et al. (2018) dan Perceived Social Media Literacy Scale (PSML) oleh Tandoc Jr et al. (2021) untuk menguji nilai literasi media sosial pengguna media sosial melalui Exploratory Factor Analysis (EFA) dan penubuhan Model Confirmatory Factor Analysis (CFA) Skala Literasi Media Sosial. Analisis faktor ini menyelesaikan cabaran untuk menentukan bilangan konstruk yang diperlukan untuk menerangkan satu set hubungan yang diukur. Dapatan kajian menunjukkan bahawa model multi-dimensi literasi media sosial telah mencapai kesahan penumpuan (convergence validity) berdasarkan pembolehubah hubungan yang signifikan. Faktor yang diekstrak ini juga mempunyai kesahan diskriminasi (discriminant validity) yang baik. Oleh itu, instrumen yang direka bentuk adalah sah dan boleh dipercayai untuk mengakses pembolehubah yang disasarkan dalam konteks pengguna media sosial di Malaysia.


Reference
  • No Data Recorded