Hubungan antara Kepuasan Pekerjaan dan Komitmen Organisasi di Kalangan Pensyarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
List of Authors
  • Muhamad Reduan Abu Bakar

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian ini dijalankan bagi menentukan hubungan antara tahap kepuasan pekerjaan dan komitmen organisasi di kalangan Pensyarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin di Perlis. Seramai 140 pensyarah telah dipilih sebagai sampel kajian. Data diperoleh daripada sampel dengan menggunakan soalan soal selidik yang terdiri daripada 25 item soalan yang terdiri daripada beberapa dimensi atau faktor. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 22.0. Dapatan analisis korelasi bagi menguji perhubungan kepuasan pekerjaan terhadap komitmen organisasi pensyarah PTSS Perlis menunjukkan hubungan positif dan sederhana yang signifikan. Beberapa cadangan untuk kajian akan datang turut dikemukakan.


Reference
  • No Data Recorded