Analisa persepsi pelajar kulinari terhadap penerimaan dan keberkesanan ‘adjustable cooling rack’
List of Authors
Norlida Osman , Normala Sulaiman
Keyword
Cooling Rack, Produk Roti, Teknologi Peralatan Bakeri
Abstract
Peningkatan penggunaan peralatan yang berteknologi tinggi menyebabkan kerja-kerja penghasilan produk bakeri lebih mudah dan menjimatkan masa di samping dapat mengekalkan kualiti produk. Cooling rack merupakan satu alat yang sangat penting didalam indusri pembuatan roti dan pastri. Alat ini nampak sederhana tetapi mempunyai kefungsian yang sangat tinggi bagi memastikan hasil dan kualiti produk akhir yang dihasilkan adalah mengikut piawaian yang ditetapkan. Salah satu kelebihan utama cooling rack adalah untuk menggalakkan penyejukan yang seragam. Dalam kajian ini, penyelidik mengkaji tahap penerimaan pengguna terhadap Adjustable cooling rack di mana seramai 30 orang responden dipilih secara rawak bagi menjawab soalselidik menggunakan skala likert dengan melihat peratusan (%) penerimaan dan keberkesanan Adjustable cooling rack. Hasil soalselidik menunjukkan 57% bersetuju masa yang digunakan untuk proses menyejukkan produk roti dan pastri yang dihasilkan lebih cepat berbanding penggunaan tray biasa. 40% bersetuju ianya mempunyai nilai berbaloi, 63% struktur yang kukuh dan menarik, 47% produk berkualiti, 50% boleh dilaras, 67% lebih banyak produk dapat dihasilkan. Manakala bagi dapatan keberkesanan (Effectiveness) 63% responden menunjukkan masa yang diperlukan untuk menyejukkan produk adalah lebih cepat, 50% mengurangkan pergerakan dan 67% responden sangat bersetuju Adjustable cooling rack dapat menghasilkan produk roti dan pastri dalam kuantiti yang lebih banyak dalam masa yang singkat. Secara keseluruhannya analisa persepsi pelajar kulinari terhadap penerimaan (acceptance) dan keberkesanan (Effectiveness) adjustable cooling rack adalah positif, diterima oleh responden dan berpotensi untuk dipasarkan di pasaran.
Reference
1. Irvin Lin. (2022). Basic kitchen equipment. Dicapai melalui https://www.seriouseats.com/best-cooling-racks-6385721
2. Nik Rahimah, (2019). Penggunaan teknologi dalam industri bakeri di Malaysia. Pusat Penyelidikan Sosio Ekonomi, Risikan Pasaran dan Agribisnes (MARDI)
3. Wini Morganville. (2022). Do I really need to cool cookies on a cookie cooling rack Dicapai dari .https://www.bhg.com/recipes/how-to/bake/cool-cookies-on-a-rack/ . August , 2022