Pembentukan Kemahiran Insaniah Menerusi Program Pembelajaran Berintegrasikan Kerja
List of Authors
  • Aida Zuraina Mir Ahmad Talaat

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kemahiran insaniah adalah kemahiran yang diperlukan oleh pelajar dalam mengembangkan potensi dan keyakinan diri. Pembangunan kemahiran insaniah dalam diri pelajar dapat dibentuk melalui pelbagai kaedah pembelajaran sama ada aktiviti di dalam bilik kuliah atau di luar kuliah. Salah satu daripadanya adalah pembelajaran menerusi Work Integrated Learning (WIL) yang dilaksanakan di Politeknik Malaysia bersama institusi pendidikan antarabangsa dari Australia dan Amerika Syarikat. Kaedah pembelajaran ini mempunyai cabarannya yang tersendiri antaranya ialah perbezaan latar belakang, bahasa, dan budaya. Justeru itu, satu kajian bagi mengenalpasti tahap dan hubungan antara elemen kemahiran insaniah yang merangkumi kemahiran berkomunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah secara kritis dan kemahiran kerja berpasukan dijalankan. Kajian kuantitatif ini melibatkan seramai 66 orang pelajar sebagai sampel dan menggunakan instrumen soal selidik bagi mendapatkan maklum balas. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan Perisian Statistical Package for Social Science versi 25.0. Hasil analisis deskriptif mendapati kemahiran menyelesaikan masalah secara kritis merupakan elemen kemahiran insaniah yang paling dominan dengan nilai skor min tertinggi iaitu 3.71. Manakala kemahiran berkomunikasi pula dengan nilai min 3.55 merupakan nilai skor min terendah. Ujian Korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat korelasi signifikan yang kuat antara kemahiran menyelesaikan masalah secara kritis dan kemahiran berkomunikasi. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini dapat membantu menambahbaik pembangunan program WIL. Usaha berterusan harus dilakukan dengan menerapkan pelbagai teknik dan kaedah bagi memastikan keberkesanan program dan pengembangan pelajar yang lebih kompeten di peringkat antarabangsa.


Reference
  • No Data Recorded