Faktor Motivasi Pelajar dalam Pengukuhan Hafazan Al-Quran di Kota Bharu
List of Authors
  • Nor Hashimah Ahmad Shukri

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti faktor motivasi pelajar dalam pengukuhan hafazan al-Quran di Kota Bharu. Kajian ini melibatkan 250 pelajar tahfiz yang terdiri daripada tiga buah institusi tahfiz di Kota Bharu. Kajian ini juga menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Data kuantitatif daripada soal selidik dianalisis secara deskriptif menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 26 untuk mendapatkan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai min bagi motivasi intrinsik (min=2.78, sd=0.44) dan motivasi ekstrinsik (min=2.83, sd=0.46) adalah pada tahap sederhana rendah. Implikasi kajian ini mencadangkan akan penambahbaikan program yang boleh meningkatkan minat dan motivasi yang tinggi terutamanya melalui usaha jitu daripada inisiatif pelajar, bimbingan guru, sokongan ibu bapa serta pengurusan institusi tahfiz.


Reference
  • No References Recorded