Pembelajaran atas Talian: Tinjauan terhadap Kesediaan dan Motivasi dalam kalangan pelajar Diploma Logistik dan Pengurusan Rantaian Bekalan, Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang
List of Authors
  • Abdul Aziz Ishak

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Landskap pendidikan dari sudut pengajaran dan pembelajaran telah berubah ekoran dari pandemik Covid-19. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dahulunya berteraskan kepada pembelajaran secara bersemuka telah digantikan dengan kaedah atas talian sepenuhnya. Ini adalah bagi memastikan agenda pembangunan pendidikan sentiasa berterusan dalam membina warga yang berpengetahuan terus berjalan dan tidak terencat. Justeru itu, satu kajian deskriptif bertujuan bagi meninjau pembelajaran atas talian pelajar semester 1 hingga semester 5 Diploma Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan (DLS), Politeknik Seberang Perai telah dijalankan. Kajian kuantitatif ini juga bertujuan bagi mengenalpasti tahap serta hubungan antara faktor kesediaan dan motivasi pelajar terhadap pembelajaran atas talian. Sampel kajian ini melibatkan 312 orang responden dan menggunakan instrumen soal selidik dalam mendapatkan maklum balas. Perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 25.0 digunakan bagi mengira min, sisihan piawai, frekuensi, peratusan, dan korelasi. Hasil analisis deskriptif mendapati bahawa faktor kesediaan dan motivasi masing-masing berada pada tahap sederhana dengan nilai min 3.14 dan 2.91. Hasil analisis ujian Korelasi Pearson pula mendapati terdapat hubungan signifikan yang sederhana antara kesediaan pelajar dan pembelajaran atas talian dengan nilai korelasi 0.690. Manakala hubungan antara motivasi pelajar dan pembelajaran atas talian pula mendapati wujud hubungan signifikan yang kuat dengan nilai korelasi 0.813.  Kesimpulannya, walaupun pelajar adalah bersedia dari sudut kesediaan dan mempunyai motivasi yang baik dalam menerima konsep pembelajaran atas talian, namun terdapat beberapa faktor yang harus diperhalusi agar tidak berlaku kerencatan dalam proses penyampaian pengetahuan iaitu dari sudut penyesuaian diri secara keseluruhan dalam konteks pembelajaran atas talian kerana pergantungan terhadap pembelajaran secara bersemuka masih lagi diperlukan.


Reference
  • No Data Recorded