Peranan media baharu dalam memantapkan perpaduan belia: satu pemerhatian awal
List of Authors
  • Mohammad Faizal Mohammad Mokhtar , Mohd Razali Harun

Keyword
  • Media baharu, perpaduan, belia

Abstract
  • Belia yang merupakan aset penting kepada negara memainkan peranan penting sebagai penerus kepada pemantapan perpaduan kaum di Malaysia pada masa hadapan. Sebagai barisan kepimpinan yang akan mewarisi dan meneruskan kemerdekaan negara ini, perpaduan kaum yang wujud sejak sekian lama berasaskan kepada Kontrak Sosial perlu terus dipertahankan nilai, makna dan ertinya, selain terus diberi semangat kesinambungan zaman-berzaman; malah semangat jati diri dan patriotisme juga perlu diperkukuh seiring dengan kemajuan teknologi negara. Ini terutama dalam mendepani kebanjiran media baharu masa kini yang dilihat banyak memberi pengaruh negatif kepada golongan belia. Ini sekaligus memungkinkan perpaduan yang cuba dipertahankan dalam kalangan belia di Malaysia terjejas. lusteru, langkah wajar perlu dilaksanakan dalam memastikan media baharu, antaranya seperti laman sosial Facebook dan Twitter, selain blog-hlog dapat memainkan peranan penting dalam usaha memantapkan perpaduan dalam kalangan belia di negara ini. Kertas ini akan melihat peranan yang boleh dijana oleh media baharu bagi mencapai hasrat tersebut, selain merencana harapan golongan ini pada masa hadapan seiring perkembangan teknologi terkini dalam negara.

Reference