Pendekatan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah Dan Bahan Untuk Kanak-Kanak Berasaskan Teori Pembelajaran Sosial Albert Bandura
List of Authors
Amin Al Haadi Shafie, Nor Hamizah Ab Razak, Siti Haziqah Shaban
Keyword
Pencegahan; Penyalahgunaan Dadah Dan Bahan; Kanak-Kanak; Teori Sosial; Albert Bandura
Abstract
Penyalahgunaan dadah dan bahan dalam kalangan kanak-kanak semakin membimbangkan apabila trend semasa menunjukkan peningkatan kes penglibatan awal di usia muda. Kajian konsep ini bertujuan untuk meneroka pendekatan pencegahan penyalahgunaan dadah dan bahan berasaskan Teori Pembelajaran Sosial Albert Bandura yang menekankan pembelajaran melalui pemerhatian, peniruan dan peneguhan sosial. Teori ini digunakan sebagai asas untuk memahami bagaimana tingkah laku bebas dadah dapat dibentuk melalui model sosial positif, peningkatan efikasi kendiri serta persekitaran yang menyokong. Kajian ini turut menghuraikan empat komponen utama dalam proses pembelajaran pemerhatian iaitu (1) perhatian (2) pengekalan (3) pengeluaran semula tingkah laku dan (3) motivasi sebagai asas pencegahan yang bersifat holistik dan berfokus kepada kanak-kanak. Implikasi teori ini menunjukkan bahawa (1) pembentukan model sosial positif (2) pengukuhan efikasi kendiri (3) pembentukan persekitaran sosial positif (4) penggunaan pengukuhan positif dan (5) pendekatan holistik dan bersepadu merupakan implikasi yang amat penting dalam membina daya tahan psikososial serta kemahiran menolak pengaruh negatif. Kajian ini diharap dapat menjadi asas kepada pendekatan pencegahan dadah dan bahan yang lebih menyeluruh, bersepadu dan sesuai dengan konteks perkembangan kanak-kanak di Malaysia.