Kemajuan Usahawan Asnaf Di Malaysia: Suatu Sorotan Kajian
List of Authors
  • Fathullah Asni, Muhammad Hamizan Mustafa Kamal

Keyword
  • Usahawan Asnaf; Zakat Produktif; Pemerkasaan Ekonomi Usahawan Asnaf; Latihan Keusahawanan Asnaf; Pemasaran Digital

Abstract
  • Zakat merupakan instrumen penting dalam ekonomi Islam yang bukan sahaja berfungsi sebagai ibadah, tetapi juga sebagai mekanisme pengagihan semula kekayaan bagi mengurangkan jurang sosioekonomi. Dalam konteks Malaysia, pendekatan agihan zakat kini berkembang daripada bantuan kebajikan kepada pembangunan produktif melalui pemerkasaan usahawan asnaf. Walaupun pelbagai inisiatif seperti bantuan modal, peralatan, latihan dan pemasaran telah dilaksanakan oleh institusi zakat, keberkesanan program ini masih berdepan cabaran seperti keterbatasan literasi kewangan dan digital, kelemahan jaringan pasaran serta tahap kebergantungan tinggi penerima terhadap bantuan zakat. Justeru, kajian ini bertujuan meninjau secara kritis berkaitan tema usahawan asnaf di Malaysia melalui sorotan literatur sistematik. Kaedah kualitatif digunakan dengan mengumpul data daripada artikel jurnal, laporan rasmi, prosiding dan buku akademik terbitan 2018–2025, seterusnya dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik. Hasil kajian mengenal pasti lima tema utama iaitu bantuan modal, bantuan peralatan, latihan keusahawanan, akses serta jaringan pemasaran, dan model keusahawanan berteraskan nilai Islam. Dapatan menunjukkan bahawa kejayaan pembangunan usahawan asnaf memerlukan pendekatan holistik yang menggabungkan sokongan material, peningkatan kemahiran digital serta pembudayaan nilai Islam berteraskan maqasid syariah. Sorotan ini diharapkan dapat menjadi asas penting kepada institusi zakat, ahli akademik dan penggubal dasar dalam merangka strategi serta kajian lanjutan yang lebih sistematik dan mampan bagi memperkukuh transformasi asnaf daripada penerima zakat kepada penyumbang zakat pada masa hadapan.

Reference
  • No Data Recorded