Pengaruh drama Korea dalam pembangunan diri komuniti remaja
List of Authors
  • Arba’ie Sujud , Noraien Mansor , Normaliza Abd Rahim , Roslina Mamat

Keyword
  • Pembangunan diri, komuniti remaja, drama Korea, pengaruh

Abstract
  • Kajian ini memberi fokus kepada pengaruh drama Korea dalam pembangunan komuniti remaja di Malaysia. Kajian ini melibatkan 120 subjek dalam kalangan pelajar perempuan di salah sebuah sekolah di Serdang, Selangor. Subjek ini berumur dari 13 hingga 17 tahun dan mereka dikenal pasti sebagai peminat drama Korea. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti genre drama Korea yang diminati dan membincangkan pengaruh drama Korea terhadap pembangunan diri pelajar. Instrumen kajian terdiri daripada satu set soal selidik yang diedarkan dan rakaman temu bual bersama subjek dianalisis bagi tujuan kajian ini. Dapatan kajian mendapati bahawa pengaruh drama Korea telah memberi impak yang positif terhadap pembangunan diri pelajar tersebut. Adalah diharapkan pengaruh yang positif daripada drama Korea dapat memberikan nilai moral dan pengajaran terhadap kehidupan seharian remaja di Malaysia.

Reference
  • 1. Azizi Yahya & Jaafar Sidek Latif. (2005). Membentuk Identiti Remaja. Kuala Lumpur: PTS
    Publication.
    2. Billingham, P. (2003). Sensing the City Through Television." Urban Identities in Fictional Drama. United Kingdom: Intellect Books.
    3. Creeber, G. (2004). Serial Television." Big Drama on the Small Screen. United Kingdom: BFI Publishing.
    4. Dunleavy, T. (2005). Ourselves in Primetime: A History of New Zealand Television Drama. New Zealand: Auckland University Press.
    5. Jas Laille Suzana Jaafar. (2006). Psikologi Kanak-kanak dan Remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    6. Harris, G. (2006). Beyond Representation. Television Drama and the Politics and Aesthetics of Identity. United Kingdom: Manchester University Press.
    7. Nelson, R. (2007). State of Play: Contemporary High-End TV Drama. United Kingdom: Manchester University Press.
    8. Normaliza Abd Rahim. (2011). Analisis Wacana Tulisan di Laman Twitter dalam Kalangan Pelajar Universiti. Journal UMP Sains Sosial dan Pengurusan Teknologi. 3: 1-11.
    9. Normaliza Abd Rahim & Nik Ismail Harun. (2011). Emotions among the Primary School Students." A Malay Drama Program (Software). Academic Journal UiTM Johor. 10: 185-198.
    10. Nor Hashimah Jalaluddin & Zaharani Ahmad. (2011). Hallyu di Malaysia. Kajian Sosiobudaya. Jurnal Komunikasi, Malaysian Journal of Communication. 27(2): 203-219.
    11. Norshafawati Saari, Asiah Sarji & Fuziah Kartini Hassan Basri. (2010). Muzik dan Pembangunan Sasial. Paparan Dasar Industri Hiburan alalam Akhbar-Akhbar di Malaysia. Jurnal Komunikasi, Malaysian Journal of Communication. 26(2): 47-65.
    12. Shim, D. (2006). Hybridity and the Rise of Korean Popular Culture in Asian. Media, Culture and Society. 28(1): 27-44.
    13. Shubik, l. (2000). Play for Today.‘ The Evolution of Television Drama. United Kingdom: Manchester University Press.
    14. Thornham, S and Purvis. T. (2005). Television Drama: Theories and Identities. United Kingdom: Palgrave Macmillan.