Kajian ini mengkaji peranan dan cabaran yang dihadapi oleh wanita dalam politik Malaysia. Peranan wanita dalam politik merangkumi penglibatan aktif dalam proses membuat keputusan, mengekspresi pandangan politik, dan menjadi wakil dalam membawa suara masyarakat. Namun, terdapat cabaran yang menghalang penyertaan wanita dalam politik, termasuk kurangnya sokongan keluarga, persepsi negatif masyarakat, kurangnya pendedahan politik, dan salah faham tentang kemampuan wanita. Untuk mengatasi cabaran ini, langkah-langkah termasuk memperkasa undang-undang, memperkemas dasar wanita negara, dan menangkis persepsi negatif terhadap kepimpinan wanita dicadangkan. Dengan mengaplikasikan tindakan yang sesuai, diharapkan penyertaan wanita dalam politik Malaysia dapat meningkat serta mencapai kesaksamaan jantina yang lebih seimbang dalam pentadbiran negara.