Kajian ke atas usaha menjana keupayaan berfikir modal insan pemangkin transformasi pembangunan komuniti
List of Authors
  • Noor Rohana Mansor

Keyword
  • Pembelajaran bahasa, kemahiran bahasa, keupayaan aras kognitif

Abstract
  • Transformasi pembangunan sesebuah komuniti secara keseluruhannya meliputi perubahan input dari segi kuantiti dan kualiti kehidupan. Salah satu fokus yang menyumbang kepada perubahan ini ialah keupayaan modal insan untuk menjana kemantapan berfikir dan berbahasa dengan berkesan ke arah pemhangunan komuniti merentas pelbagai aspek kehidupan. Justeru, dalam konteks pembangunan modal insan, kualiti pendidikan yang menjana keupayaan berfikir pelajar serta penguasaan kemahiran bahasa dan berbahasa merupakan input penting untuk diberi fokus yang menjadi pemangkin kepada transformasi pembangunan dalam komuniti. Pembelajaran bahasa seharusnya mencapai tahap pemahaman yang lebih luas ke arah penguasaan bahasa untuk menjana keupayaan berfikir pelajar serta mempamerkan ketrampilan berbahasa dalam penyampaian idea yang bernas, mantap dan berkesan. Selaras dengan ini, kajian pembelajaran bahasa di beberapa buah sekolah komuniti pesisir pantai telah dilaksanakan untuk menganalisis dan mengenal pasti aras-aras keupayaan berfikir pelajar serta menilai tumpuan aras kognitif mereka pada peringkat akhir persekolahani Sasarannya untuk melihat sejauh manakah pelajar dapat memanipulasikan operasi berfikir yang pelbagai aras kognitif dalam aspek pemahaman teks di samping mencadangkan resolusi dalam strategi peningkatan kualiti keupayaan kognitif bagi pembelajaran bahasa yang berkesan. Hasil kajian menunjukkan penguasaan aras-aras keupayaan berfikir pelajar dalam pembelajaran bahasa Melayu masih rendah; aras-aras soalan tersebut telah berada dalam lingkungan pemikiran mereka tetapi tidak berupaya untuk menguasai kemahiran serta membentuk skema pemikiran yang Wajar, khususnya pada aras kognitif tinggi. Implikasinya, usaha-usaha pemantapan dan pengukuhan yang sewajarnya perlu diberi perhatian serius untuk menguasai kemahiran yang betul dan tepat berhubung dengan setiap aras kognitif soalan. Sesungguhnya bahasa menjana pemikiran dan komunikasi dalam penyampaian ilmu merentas bidang juga merupakan aset penting serta pemangkin kepada transformasi pembangunan komuniti.

Reference
  • 1. Cole, R. A. & Williams, D, M. (1973). Pupil Responses to Teacher’s Question: Cognitive Level, Length and Syntaxm. Educational Leadership. 31: 142-145.
    2. Costa, A. L. (1985). Development Minds: A Resource Book of Teaching Thinking. Preston, V.A.: Association for Supervision and Curriculum Development.
    3. De La Cruz, L. D. (1971). An Analysis of Philiphine Social Studies Textbooks. Dissertation Abstracts International. 32(1): 665-A.
    4. Dillon, J. T. (1981). Duration of Response to Teacher’s Questions and Statements. Contemporary Educational Psychology. 6: 1-11.
    5. Elder, L. & Paul, R. W. (1998). The Role of Socratic Questioning in Thinking, Teaching and Learning. The Clearing House. 71(5): 297-301.
    6. Fraenkel, R. J. (1986). Helping Students to Think and Value Strategic for Teaching Social
    Studies. New Jersey: Prentice Hall, Inc.
    7. Guszak, F. J. (1967). Teacher Questioning and Reading. The Reading Teacher 21: 227-234.
    8. Langrehr, J. (1993). Better Questions Better Thinking, Book 2. Melboume: Longman Cheshire.
    9. Marohaini Yusoff. (1989). Srrategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman. Kuala Lumpur: Karya Bistari, Sdn. Bhd.
    10. Noor Rohana Mansor. (1996). Analisis Soalan Kefahaman dalam Baku Kerja Bahasa Melayu Peringkat Menengah Atas. Disertasi Sarjana Pendidikan Tak Bercetak, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
    11. Noor Rohana Mansor. (2004). Kornpleksiti Soalan dalam Bahan Implimentasi Kurikulum Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa: Meninjau Kemantapan Kualiti Soalan dalarn Proses Pengajaran-Pembelajaran Bahasa ke Arah Peningkatan Profesionalisme Guru. Kolej Universiti Sains dan Telmologi Malaysia. Diperoleh Februari 24, 2009 daripada www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/2005/noorKUSTEM.pdf.
    12. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Diperoleh Ogos 1, 2007 daripada
    http://WWW.moe.g0v.my/pustaka_jbt_pdf/2006/2007ppp_bab2.pdf.
    13. Rajendran Nagappan. (2002). Bahasa Melayu: Penyumbang Ke Arah Penguasaan Pemikiran
    Aras Tinggi. Universiti Pendidikan Sultan Idris: Tanjong Malim. Diperoleh May 1, 2009 daripada http://nsrajendran.trip0d.com/Papers/beijing2002.pdf.
    14. Rawadieh, S.M. (1998). An Analysis of the Cognitive Levels of Questions in Jordanian secondary Social Studies textbooks According to Bloom’s Taxonomy. Dissertations Abstracts International. 59(4): 1060-A.
    15. Roger, R.J. (1973). An Analysis of Instructional Questions in Social Studies Textbooks Prepared for Use in Grades Four, Five and Six. Dissertation Abstracts International. 34 (4): 1776A-1777A.
    16. Ruddell, R.B. (1974). Reading-language Instruction: Innovative Practices. Englewood Cliffs, N.J.: Prentice-Hall.
    17. Sanders, N.M. (1966). Classroom Question: What kinds? New York: Harper and Row.
    18. Smith, C.T. (1978). Evaluating Answers to Comprehension Questions. The Reading Teacher 31: 896-900.
    19. Wagner P.A. & Benavente-McEnery L. (2006). Education: Misunderstood Purpose and Failed Solutions. Current Issues in Education [On-line], 9(2). Diperoleh April 24, daripada:
    http://cie.ed.asu.edu/volume9/number2/.
    20. Wilson, I.A. (1973). Changes in Mean Levels of Thinking in Grades 1-8 Through Use of an Interaction System Based on Bloom’s Taxonomy. Journal of Educational Research. 66: 13-50.
    21. Yahaya Ibrahim. (2009). Komuniti, Pembangunan dan Transformasi. Bangi: Penerbit Universiti
    Kebangsaan Malaysia.
    22. Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. (2005). Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa untuk Menguasai Kemahiran Membaca. Jurnal Teknologi. 42(E): 1-18. Fakulti Pendidikan: Universiti Kebangsaan Malaysia.