Penggunaan AI dalam Pendidikan Tahfiz: Tinjauan Terhadap Aplikasi Tarteel al-Quran
List of Authors
Muhammad Hafizan Abd Hamid, Nurul Syahirah Mohamad Suhaimi, Siti Salma Mohamad Shokri
Keyword
Pendidikan Tahfiz; Kecerdasan Buatan; Tarteel al-Quran
Abstract
Seiring dengan kemajuan digital, pendidikan tahfiz turut mengalami transformasi melalui integrasi kecerdasan buatan (AI). Walaupun pelbagai aplikasi AI telah diperkenalkan, kajian empirikal yang menilai keberkesanannya dalam konteks pendidikan tahfiz masih terhad. Integrasi AI, khususnya melalui aplikasi Tarteel al-Quran, berpotensi besar dalam menyokong proses hafazan dan pembelajaran al-Quran menerusi maklum balas masa nyata, fungsi penyembunyian teks al-Quran, pengesanan kesalahan tajwid serta pemantauan kemajuan hafazan pelajar. Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan penggunaan aplikasi Tarteel al-Quran sebagai alat sokongan hafazan dalam kalangan pelajar Program Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-UNITEN. Seramai 219 pelajar daripada kohort ke-13 hingga ke-15 terlibat sebagai responden melalui soal selidik dalam talian bagi menilai tahap pengetahuan, persepsi dan pengalaman mereka terhadap penggunaan aplikasi ini. Dapatan menunjukkan bahawa aplikasi Tarteel menyokong pembelajaran kendiri, memperbaiki kualiti bacaan dan meningkatkan motivasi pelajar terhadap hafazan. Walau bagaimanapun, cabaran utama termasuk keterbatasan pengecaman suara, kos langganan aplikasi dan kebergantungan terhadap peranti digital. Kajian ini mencadangkan strategi integrasi AI-hibrid yang seimbang bagi melengkapi peranan guru, sekaligus menjamin keberkesanan pendidikan tahfiz moden. Kajian ini turut menyumbang kepada literatur baharu berkaitan integrasi AI dalam konteks pendidikan tahfiz profesional, menjadikannya rujukan penting dalam bidang pendidikan Islam digital.