Kajian Persepsi Pensyarah Politeknik Terhadap Pembinaan Item Penilaian
List of Authors
  • Halimatus Saadiah Kariya

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Pentaksiran merupakan suatu proses pengukuran, pengujian dan penilaian hasil pembelajaran untuk menentukan pencapaian dan kemajuan pelajar. Proses ini dilakukan melalui pembinaan item penilaian yang dihasilkan oleh pensyarah. Namun, terdapat kekangan daripada pensyarah untuk menghasilkan item-item yang berkualiti. Kajian ini dijalankan untuk mengukur tahap penerimaan dan persepsi pensyarah terhadap kesediaan dan pengetahuan dalam aspek pembinaan item penilaian. Kajian dijalankan melalui kaedah kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik. Responden kajian ini terdiri daripada 93 orang pensyarah dari tiga buah politeknik terpilih yang melibatkan lima program pengajian. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Sciences) 25 untuk mendapatkan kekerapan, peratus, min, sisihan piawai dan skor min. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kesediaan dan pengetahuan pensyarah terhadap pembinaan item penilaian adalah pada tahap tinggi. Kajian ini juga menemukan beberapa cadangan bagi mempertingkatkan kualiti item penilaian yang dihasilkan oleh pensyarah.  


Reference
  • No Data Recorded