Kajian ini bertujuan untuk meneroka elemen keupayaan perniagaan usahawan wanita luar bandar FELCRA Berhad. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan kualitatif dan reka bentuk kajian kes iaitu melalui temu bual secara mendalam bagi mendapatkan maklumat secara terperinci serta proses analisis data menggunakan perisian Nvivo 14. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat tiga elemen keupayaan perniagaan usahawan wanita luar bandar iaitu motivasi (peningkatan taraf ekonomi keluarga) dan kebolehan (pemikiran dan perancangan. Hasil kajian juga mendapati usahawan wanita luar bandar berupaya menggunakan teknologi dan media massa dalam mendapatkan maklumat berkaitan keperluan dan kehendak pasaran semasa. Sehubungan dengan itu, diharapkan hasil dapatan ini dapat membantu usahawan wanita luar bandar dalam mendepani cabaran pasaran perniagaan yang semakin mencabar.