Meneroka kefahaman konsep ungkapan algebra dalam kalangan murid tingkatan empat di Tumpat: Satu kajian kes
List of Authors
  • Chenchira Che Ron , Roslinda Rosli

Keyword
  • Ungkapan Algebra, Kefahaman, Jenis Kesilapan, Masalah Murid, Pembelajaran Matematik

Abstract
  • Ungkapan algebra ialah kesinambungan daripada bidang pembelajaran perkaitan dan algebra yang dipelajari di sekolah rendah dan penting untuk pembelajaran matematik sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Namun, murid-murid menghadapi kesukaran dalam pembelajaran algebra dan ungkapan algebra dikenalpasti merupakan topik yang sering dianggap susah dan membebani murid. Kajian ini dijalankan untuk meneroka kefahaman murid dalam ungkapan algebra, jenis kesilapan dan masalah yang murid hadapi dalam menyelesaikan masalah matematik yang melibatkan ungkapan algebra. Kajian ini merupakan sebuah kajian kes yang menggunakan kaedah temu bual berasaskan tugasan dan melibatkan enam orang murid tingkatan empat di daerah Tumpat. Hasil kajian menunjukkan bahawa peserta mempunyai kefahaman yang berbeza terhadap ungkapan algebra, iaitu nombor dan huruf, nombor dan pemboleh ubah, nombor dan nilai, pemalar dan benda serta mencari nilai x. Jenis kesilapan yang paling kerap dilakukan oleh murid dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan ungkapan algera ialah kesilapan kemahiran memproses (37%), diikuti dengan kesilapan pengekodan (19%), kesilapan pembacaan (17%), kesilapan pemahaman (15%) dan kesilapan transformasi (12%). Dapatan kajian juga menunjukkan masalah – masalah yang murid hadapi dalam menyelesaikan masalah matematik, termasuklah impak bebanan guru terhadap pembelajaran, kesan penularan wabak covid – 19 terhadap pembelajaran murid dan bilangan murid yang ramai dalam sebuah kelas. Maka, Kementerian Pendidikan Malaysia haruslah menambah staff sokongan untuk meringankan bebanan guru dan menitikberatkan nisbah guru dan murid dalam sesebuah kelas supaya bilangan murid dalam sesebuah kelas tidak terlalu ramai.

Reference
  • 1. Abdul Said, A., & Norhayati, B. (2018). Hubungan antara beban tugas dan tekanan kerja dengan komitmen guru sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 11, 11–21.

    2. Abu, N. E., & Leong, K. E. (2014). Hubungan antara sikap,minat, pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya terhadap pencapaian matematik tambahan Tingkatan 4. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 2(1), 1–10.

    3. Ali, M. & Abu, B. N. (2010). Tahap kefahaman pelajar tingkatan empat dalam tajuk ungkapan algebra. Journal of Science and Mathematics Education, 4 (1), 1-16.

    4. Ali, S., & Maat, S. M. (2019). Exploring the 21st Century Teaching and Learning Practice among Mathematics Secondary School Teachers. International Journal of Academic Research in Progressive Education and Development, 8(2). https://doi.org/10.6007/ijarped/v8-i2/5990

    5. Amirullah, A. H. (2018). Lesson study: an approach to increase the competency of out-of-field mathematics teacher in building the students conceptual understanding in learning mathematics. Journal Of Educational Sciences, 2(2), 1. https://doi.org/10.31258/jes.2.2.p.1-13

    6. Antin, A., Dzulkifli, A. kiflee, & Norizah, D. (2018). Pengaruh beban tugas dan motivasi terhadap keefisienan kerja guru sekolah menengah di sabah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 3(2), 77. Retrieved from www.msocialsciences.com

    7. Badan Pusat Statistik. (2014). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kementerian Pendidikan Malaysia, XXXIII(2), 81–87.

    8. Clements, M. A. & Ellerton, N. (1996). The Newman Procedure for Analysing Errors on Written Mathematical Tasks.

    9. Creswell, J. W. (2012). Educational research: Planning, conducting, and evaluating quantitative and qualitative research. Educational Research.

    10. Daud, M. Y., Ayub, A. S., Daud, M. Y., & Ayub, A. S. (2019). Student error analysis in learning algebraic expression: a study in secondary school putrajaya. Creative Education, 10, 2615–2630.

    11. Hamami, H. & Yassin, M. A. (2022). Beban tugas sampingan guru di sekolah rendah di negeri Selangor. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 9(1), 1 – 20.

    12. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2021). Dewan Bahasa dan Pustaka.

    13. Lapada, A. A. & Lapada, A. A. (2017). Audio-visual aided instruction in science among high school students in the Philippines. International Journal of Education and Research, 5(7), 139 – 156.

    14. Lim, B. T. (2000). Penyelidikan mengenai jenis kesilapan dalam menyelesaikan masalah Matematik berayat bagi pelajar tingkatan dua. [Unpublished bachelor thesis], Universiti Teknologi Malaysia.

    15. Mahlan, S. B., Aina, N., Razak, A., & Shamsuddin, M. (2017). Kesalahan Pelajar dalam Asas Matematik: Kajian Kes Pelajar Pra- Diploma Perdagangan, UiTM Cawangan Pulau Pinang. International Academic Research Journal of Social Science, 3(1), 179–185.

    16. Mamat, N., & Abdul Wahab, M. N. (2022). Kajian Masalah Pembelajaran Matematik di kalangan Pelajar Sekolah Rendah Luar Bandar. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(6), e001531. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i6.1531

    17. Marpa, E. P. (2019). Common errors in algebraic expressions: a quantitative-qualitative analysis. International Journal on Social and Education Sciences, 1(2), 63–72. https://doi.org/10.46328/ijonses.11

    18. Mokhtar, S., Othman, I. W., Abu Bakar., A. L., Esa, M. S. (2021). Kelangsungan pengajaran dan pembelajaran semasa perintah kawalan pergerakan penularan COVID-19 menerusi online: satu revolusi Kementerian Pendidikan Malaysia. Journal of Information System and Technology Management,6(23), 34 – 46.

    19. Mustaffa, N., Mohamad Said, M. N. H., Ismail, Z., & Tasir, Z. (2018). The effect of integrating algebraic thinking in problem-based learning via virtual environment among secondary school students. In ICCE 2018 - 26th International Conference on Computers in Education, Main Conference Proceedings (pp. 187–192). Asia-Pacific Society for Computers in Education.

    20. Nik Pa, D. (2023). Penghasilan Disertasi Berkualiti. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

    21. Oktaviana, D. (2018). Analisis tipe kesalahan berdasarkan teori newman dalam menyelesaikan soal cerita pada mata kuliah matematika diskrit. Edu Sains: Jurnal Pendidikan Sains & Matematika, 5(2), 22. https://doi.org/10.23971/eds.v5i2.719

    22. Petko, D., Prasse, D., & Cantieni, A. (2018). The Interplay of School Readiness and Teacher Readiness for Educational Technology Integration: A Structural Equation Model. Computers in the Schools, 35(1), 1–18. https://doi.org/10.1080/07380569.2018.1428007

    23. Sarimah Baco. (2022). Domain kognitif dan pencapaian ungkapan algebra dalam kalangan pelajar Tingkatan Dua. Borneo International Journal of Education (BIJE), 3. https://doi.org/10.51200/bije.v3i.4112

    24. Saripah Latipah, S. J. (2000). Satu tinjauan tentang kefahaman konsep ungkapan algebra pelajar tingkatan dua dan pola kesilapan yang dilakukan. Tesis Sarjana Muda. Johor, Malaysia: Universiti Teknologi Malaysia.

    25. Son, A. L., Darhim, & Fatimah, S. (2019). An analysis to student error of algebraic problem solving based on polya and newman theory. In Journal of Physics: Conference Series (Vol. 1315). Institute of Physics Publishing. https://doi.org/10.1088/1742-6596/1315/1/012069