Pandangan Pelajar Tentang Penggunaan Ayat Al-Quran Kepada Pelajar Bukan Islam Semasa Pengajaran Kursus Komunikasi Dan Penyiaran Islam
List of Authors
  • Nurul Fuaddi Sulaiman

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kursus Komunikasi Dan Penyiaran Islam (DUA 6022) adalah kursus yang ditawarkan kepada pelajar Semester 5 dan semester 6. Kursus ini ditawarkan kepada pelajar yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama. Objektif kajian ini dilaksanakan adalah untuk mendapat pandangan pelajar tentang kesesuaian penggunaan ayat Al-Quran kepada pelajar bukan Islam semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah yang digunakan didalam kajian ini adalah berbentuk tinjauan. Kumpulan sasaran melibatkan.65 orang pelajar Islam dan 8 orang pelajar bukan Islam dari pelbagai jabatan. Data yang dikumpul menggunakan instrumen soal selidik. Dapatan kajian dianalisis secara statistik deskriptif menggunakan program spss versi 21. Berdasar set soalan kaji selidik, dapatan kajian mendapati keseluruhan pelajar bersetuju dengan penggunaan ayat al-Quran walaupun kepada pelajar bukan Islam semasa pengajaran.   


Reference
  • No Data Recorded