Isu kemalangan di tempat kerja terutama dalam sector perkilangan merupakan situasi yang perlu diberikan perhatian kerana melibatkan keselamatan perkerja. Pekerja yang tidak mempunyai tahap pengetahuan yang baik, amalan keselamatan yang berdisiplin serta kesedaran yang tinggi boleh menyumbang kepada kemalangan di tempat kerja. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bagi mengenalpasti tahap pengetahuan, kesedaran kendiri dan amalan keselamatan terhadap risiko kemalangan serta menentukan faktor yang dominan antara pengetahuan, kesedaran kendiri dan amalan keselamatan terhadap risiko kemalangan dalam sector perkilangan. Kajian ini dijalankan di Daikin Malaysia Sdn Bhd melibatkan 346 responden dalam kalangan pekerja di kilang tersebut. Analisis dilakukan dengan menggunakan IBM Statistical Package for Social Science (SPSS) version 26. Hasil analisis mendapati tahap pengetahuan keselamatan adalah sebanyak 4.25, tahap kesedaran kendiri 4.08 dan tahap amalan keselamatan adalah pada tahap 3.88 manakala risiko kemalangan adalah pada skor 4.16. Bagi menentukan faktor dominan, analisis regresi linear dan pekali beta (β) terbesar ialah tahap amalan keselamatan iaitu bernilai 0.439 dan menunjukkan faktor dominan dalam menentu risiko kemalangan di tempat kerja dalam kajian ini.