Kestabilan emosi pelajar mempunyai kesan langsung kepada pencapaian akademik pelajar. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan edaran soal selidik melalui ‘google form’ kepada 405 responden. Mengadaptasi Teori Kepuasan Emosi dan soal selidik Penglibatan Emosi Pembelajaran Online, 21 item soalan dibina dengan tiga konstruk utama iaitu autonomi, kompetensi dan kesalinghubungan. Analisis mendapati aspek autonomi pelajar berada pada tahap sederhana dengan (M=3.6), aspek kompetensi juga pada tahap sederhana dengan (M=3.3) manakala aspek kesalinghubungan berada pada tahap tinggi dengan(M=4.7). Manakala aspek kompetensi didapati mempunyai hubungan langsung dengan kestabilan emosi pelajar dengan varian 13%. Kajian merumuskan tahap emosi pelajar adalah stabil dalam pembelajaran online bahkan pengajaran subjek bahasa adalah lebih baik secara online berbanding kaedah bersemuka.