Memandu Inovasi dan Kejayaan Keusahawanan Digital: Kajian Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Perusahaan Kecil dan Sederhana dalam Sektor Pembuatan
List of Authors
Haniruzila Hanifah
Keyword
Kecekapan kendiri keusahawanan dan Teknologi Digital, Semangat Keusahawanan, Keingintahuan Keusahawanan, Pemikiran Inovatif, Inovasi Digital
Abstract
Inovasi digital penting bagi prestasi firma untuk memperoleh kelebihan daya saing dan mencapai kejayaan dalam pasaran digital. Namun, kajian tentang faktor yang mempengaruhi inovasi digital dalam PKS, khususnya di Malaysia, masih terhad. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan kecekapan kendiri keusahawanan, kecekapan kendiri teknologi digital, semangat keusahawanan, keingintahuan keusahawanan, dan pemikiran inovatif terhadap inovasi digital dalam PKS pembuatan di Malaysia, serta peranan pengantaraan inovasi digital dalam kejayaan usahawan digital. Data sebanyak 113 PKS pembuatan dan dianalisis menggunakan SmartPLS 4.0. Hasil kajian menunjukkan bahawa kecekapan kendiri keusahawanan, kecekapan kendiri teknologi digital, keingintahuan keusahawanan, dan pemikiran inovatif mempunyai kesan signifikan terhadap inovasi digital, manakala semangat keusahawanan tidak menunjukkan kesan yang signifikan. Inovasi digital seterusnya memberi kesan positif terhadap kejayaan usahawan digital. Dapatan ini menegaskan bahawa kecekapan kendiri dan keupayaan berfikir secara inovatif adalah pemacu utama kepada inovasi digital dalam kalangan PKS pembuatan. Kajian ini membantu pemilik dan pengurus PKS mengenal pasti faktor dalaman penting bagi memperkukuh strategi inovasi digital mereka. Dalam era ekonomi digital yang pesat, hanya firma yang inovatif secara digital mampu mengekalkan daya saing dan mencapai pembezaan unik di pasaran. Kajian ini juga mengisi jurang literatur dengan meneliti peranan pengantara inovasi digital terhadap kejayaan usahawan digital dalam konteks PKS pembuatan di Malaysia.