Penggunaan Teknik Mnemonik: Satu Kaedah Untuk Mengingat Komposisi Aloi dalam Kimia Tingkatan 4
List of Authors
Noorsyahirah Mohd Noor
Keyword
Teknik Mnemonik, Pengajaran Kimia, Aloi, Pemahaman Murid
Abstract
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk menilai keberkesanan penggunaan teknik mnemonik dalam meningkatkan ingatan murid Tingkatan 4 mengenai komposisi aloi dalam matapelajaran Kimia. Teknik mnemonik, yang melibatkan penggunaan perkataan atau akronim untuk membantu mengingati konsep-konsep kompleks, diterapkan selama dua minggu dalam sesi pengajaran. Data kuantitatif dikumpulkan melalui ujian pra dan pos, manakala data kualitatif diperoleh melalui temubual dengan murid. Analisis data kajian menunjukkan peningkatan purata skor pelajar daripada 59.5% dalam ujian pra kepada 74.1% dalam ujian pos, dengan peningkatan sebanyak 14.6%. Hasil temubual murid juga menunjukkan bahawa teknik mnemonik memudahkan mereka mengingati dan memahami maklumat penting dalam topik aloi. Teknik mnemonik berpotensi digunakan secara meluas dalam pengajaran Kimia dan subjek sains lain untuk mempertingkatkan pembelajaran murid.