Sorotan Literatur Bersistematik Terhadap Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan Guru Matematik
List of Authors
  • Sebestian William, Siti Maat

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK) guru matematik semakin giat dijalankan di peringkat antarabangsa. Keperluan untuk melihat kepada skop umum kajian dapat membantu menjimatkan masa dan memberi idea kepada pengkaji masa depan dalam pemilihan skop yang ingin dijalankan terhadap kajian PPIK guru matematik sebagai usaha untuk mengurangkan jurang kajian. Berpandukan kepada dua persoalan kajian yang menumpukan kepada metodologi dan skop kajian empirikal lepas, kajian ini telah menjalankan sorotan literatur bersistematik sepanjang tempoh 2017 sehingga Mac 2020. Penyaringan artikel menemukan sebanyak 25 artikel dan 10 artikel masing – masing melalui pangkalan data Scopus dan Microsoft Academic berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh kajian ini. Hasil kajian mendapati majoriti kajian lepas telah menjalankan pendekatan kualitatif terutama yang menggunakan reka bentuk kajian kes. Di samping itu, kebanyakan kajian telah melibatkan guru pra-perkhidmatan serta kurang tumpuan terhadap guru sekolah rendah dan pra-sekolah. Topik khusus dalam matematik telah menjadi tumpuan yang dominan dalam kajian PPIK seperti topik nombor dan geometri. Peningkatan kajian PPIK guru matematik menunjukkan PPIK guru matematik semakin diberi perhatian dalam usaha untuk memberi kesedaran terhadap kualiti guru matematik masa kini. Hasil kajian ini sebagai rujukan untuk kajian yang ingin dilakukan dengan memberi tumpuan terhadap faktor yang mempengaruhi PPIK guru matematik, kepercayaan, persepsi dan kerisauan.


Reference
  • No Data Recorded