Kebolehcapaian khidmat bantu di rumah di luar bandar: Perspektif kerja sosial komuniti
List of Authors
  • Khadijah Alavi

Keyword
  • Khidmat bantu di rumah, warga emas, keperluan penjagaan, sukarelawan, peranan pekerja sosial

Abstract
  • Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti keperluan penjagaan yang diperlukan oleh warga emas melalui Program Khidmat Bantu di Rumah dalam komuniti di luar Bandar. Objektif utama kajian adalah bagi mengkaji kebolehcapaian Program Khidmat Bantu di Rumah serta peranan pekerja sosial dalam meningkatkan kualiti program tersebut. Kajian berbentuk kualitatif telah dijalankan di sekitar daerah Kampung Gajah, Perak dan seramai 10 orang responden telah dipilih secara snow ball untuk ditemubual secara mendalam. Analisis yang digunakan ialah tematik dan interpretasi data secara manual dalam proses penulisan. Penemuan hasil kajian mendapati keperluan responden adalah bagi meningkatkan kesejahteraan warga emas iaitu keperluan dari segi mobiliti, penjagaan kesihatan, kewangan, sosial dan penjagaan emosi. Manakala, hasil kajian daripada aspek kebolehcapaian program tersebut dapat dianalisis melalui keperluan mobiliti warga emas, penjagaan kesihatan, sosial, emosi dan kemahiran sukarelawan dalam penjagaan warga emas yang mana ianya dapat dipenuhi melalui Progam Khidmat Bantu di Rumah. Kajian ini merumuskan bahawa peranan pekerja sosial amat penting bagi meningkatkan kualiti Program Khidmat Bantu di rumah dalam penjagaan warga emas di luar bandar serta tindakan wajar yang perlu diambil oleh pihak yang berkepentingan bagi memenuhi keperluan yang diperlukan oleh warga emas terutama yang tinggal di luar bandar.

Reference