Tahap Latihan, Pengetahuan dan Keyakinan Guru Pendidikan Khas dalam Mengajar Murid Autisme
List of Authors
  • Hasnah Toran, Nur Ain Mohd Zain

Keyword
  • latihan, pengetahuan, keyakinan, guru pendidikan khas, autisme

Abstract
  • Autisme merupakan kecelaruan perkembangan yang mempengaruhi keupayaan komunikasi dan interaksi sosial individu. Peningkatan prevalens autisme di Malaysia dan peringkat global telah meningkatkan keperluan terhadap guru pendidikan khas yang kompeten, berpengetahuan dan berkeyakinan dalam mengajar murid autisme. Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap latihan, pengetahuan dan keyakinan guru pendidikan khas mengenai autisme. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan dengan pendekatan kuantitatif. Instrumen soal selidik telah diadaptasi dan disesuaikan dengan konteks Pendidikan Khas di Malaysia untuk digunakan bagi mengukur tahap latihan, pengetahuan dan keyakinan guru pendidikan khas. Sampel kajian terdiri daripada guru pendidikan khas di daerah Petaling Perdana, Selangor, dengan seramai 175 orang guru yang mengajar murid autisme. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif menggunakan SPSS 3.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap latihan, pengetahuan dan keyakinan guru pendidikan khas berada pada tahap tinggi. Dapatan ini menegaskan bahawa terdapat kemungkinan bahawa tahap pengetahuan dan keyakinan yang tinggi adalah disebabkan oleh tahap latihan yang diterima. Oleh itu, kajian ini mencadangkan pelaksanaan latihan berterusan yang lebih berfokus dan berasaskan amalan praktikal bagi menyokong pendidikan murid autisme secara berkesan.

Reference
  • No References Recorded