Pengaruh Pembelajaran Profesional Kendiri Terhadap Efikasi Kendiri dan Efikasi Kolektif Guru: Satu Kajian Konseptual
List of Authors
Dayang Rafidah Syariff M. Fuad, Dwi Esti Andriani, Mahaliza Mansor, Nurul Wadihah Amran, Rosnah Ishak, Zuraidah Zainol
Keyword
Pembelajaran professional individu, Efikasi Kendiri, Kolektif Efikasi
Abstract
Guru didapati kurang diberi peluang untuk menentukan dan menjalani pembelajaran profesionalisme mengikut keperluan kendiri untuk meningkatkan efikasi mereka. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh Pembelajaran profesional kendiri terhadap efikasi kendiri dan efikasi kolektif dalam kalangan guru. Kertas konsep ini dijangkakan dapat memberi panduan kepada pelaksanaan pendidikan guru Malaysia dengan mengaplikasikan Pembelajaran profesional kendiri untuk meningkatkan efikasi guru, dimana pembelajaran ini akan memberi lebih autonomi guru untuk memilih pembelajaran yang sesuai bagi mereka. Kertas konseptual ini diharap dapat memberi panduan kepada pemimpin pendidikan untuk mengubah pembelajaran profesional guru sekarang kepada yang bercorak individu serta bijak menggunakan jenis pembelajaran yang sesuai bagi meningkatkan efikasi guru sejajar dengan dasar Pembangunan Profesionalisme Berterusan (Gelombang Ke 3: Pembelajaran Kendiri Guru), Kementerian Pendidikan Malaysia.