Hubungan efikasi kendiri dan kebersihan diri dalam kalangan pelajar sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) di Perak
List of Authors
  • Anuar Abu Hassan , Hapsah Md Yusof

Keyword
  • Efikasi Kendiri, Kebersihan Diri, Pelajar

Abstract
  • Kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap efikasi kendiri dan tahap kebersihan diri dalam kalangan pelajar Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di sebuah daerah dalam negeri Perak. Reka bentuk kajian adalah kuantitatif dengan menggunakan kaedah kajian tinjauan. Borang soal selidik dijadikan instrumen untuk memperolehi data kajian daripada responden. Sampel kajian dipilih secara rawak mudah. Seramai 180 pelajar SABK yang mengambil bahagian dalam kajian ini yang terdiri daripada 66 orang pelajar lelaki dan 114 pelajar perempuan. Bagi mengetahui perbezaan tahap efikasi kendiri dan kebersihan diri antara jantina pengkaji menggunakan ujian -t. Manakala hubungan antara efikasi kendiri dan kebersihan diri pengkaji menggunakan ujian kolerasi pearson. Data dianalisa menggunakan perisian SPSS 23.0. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan tahap efikasi kendiri antara jantina bagi pelajar lelaki dan perempuan dengan nilai t=2.703 dan tahap signifikan p=0.00. Skor min pelajar lelaki ialah (min=3.803; SP=0.580) dan pelajar perempuan (min=3.554: Sp=0.602). Bagi tahap kebersihan diri juga terdapat perbezaan dengan nilai t=3.370 dan tahap signifikan p=0.00. Skor min tahap kebersihan diri pelajar lelaki ialah (min=4.052; SP=0.304) dan pelajar perempuan (min=4.207;0.293). Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan kolerasi yang lemah antara tahap efikasi kendiri dan kebersihan diri iaitu r=0.199 dengan signifikan (0.00; p< 0.01). Secara keseluruhannya kajian ini menjelaskan bahawa tahap efikasi kendiri dan kebersihan diri dalam kalangan pelajar SABK adalah baik. Oleh demikian diharap semua pelajar dapat mengekalkan tahap efikasi kendiri dan kebersihan diri dalam kehidupan harian bagi memastikan mereka bebas dari penyakit.

Reference
  • 1. Bandura, A. (1977). Self- efficacy: Toward a unifying theory of behavioral change. Psychological Review, 84 (2), 191-215.

    2. Bandura, A. (1994). Self-Efficacy. In V. S. Ramachaudran (Ed.), Encyclopedia of Human Behavior (Vol. 4, pp. 71-81). New York: Academic Press. (Reprinted in H. Friedman (Ed.) (1998). Encyclopediaof Mental Health. San Diego: Academic Press).

    3. Barakat, L. L., Lorenz, M. P., Ramsey, J. R., & Cretoiu, S. L. (2015). “Global managers: An analysis of the impact of cultural intelligence on job satisfaction and performance.” International Journal of Emerging Markets, 10(4), 781–800. https://doi.org/10.1108/IJoEM-01-2014-0011.

    4. Ebru Y. Ç., & Yüce, Z. (2019). Investigation of the Awareness and Habits of Secondary School Students about Cleanliness and Hygiene from Various Variables.

    5. Ghanim, M., Dash, N., Abdullah, B., Issa, H., Albarazi, R., & Al Saheli (2016). Knowledge and Practice of Personal Hygiene among Primary School Students in Sharjah _UAE. Journal of Health Science. doi:10.5923/j.health. 20160605.01

    6. Hidayati, T., Akrom, Nurasa, I., & Eviana (2019). Health Education Improve Behavior and Self-Efficacy on Personal Hygieneamong Children with Intellectual Disability. International Journal of Public Health Science (IJPHS) Vol.8, No 4, Dec 2019, pp.391-399ISSN:2252-8806, DOI:10.11591/ijphs.v814.20370p391

    7. Hu, S., Liu, H., & Gu, J. (2018). What role does self-efficacy play in developing cultural intelligence from social media usage? Electronic Commerce Research and Applications, 28, 172–180. https://doi.org/https://doi.org/10.1016/j.elerap.2018.01.009

    8. Jamidi, F.J., & Surat, S. (2021). Efikasi kendiri dan keterlibatan pelajar belajar dalam talian sepanjang tempoh kawalan pergerakan COVID-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(8), 80-92.

    9. Martina Rabai, L., & Amat, S. (2022). Hubungan efikasi kendiri dengan pembelajaran regulasi kendiri murid sekolah menengah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(3), 1-8.

    10. Nizam, N.A., & Rosli, R. (2021). Efikasi kendiri dan pengetahuan dalam topik pecahan bagi murid Tahun Empat. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 11(1), 77-87.

    11. Nurudeen, A. S., & Toyin, A. (2020) Knowledge of Personal Hygiene among Undergraduates. Journal of Health Education. JHE 5(2) (2020)66-71 DOI: http://dx.doi.org/10.15294/jhe.v512.38383

    12. Nur Anieqah & Suziyani. 2019. Kesedaran Ibu Bapa tentang Amalan Penjagaan Kebersihan diri Kanak-kanak di Daerah Kudat, Sabah. Proceedings Of The International Conference Of Future Education And Advances.

    13. Rajbhandari, A. K., Dhaubanjar, R., Krishna Bahadur GC, & Dahal, M. (2018). Knowledge and Practice of Persoanal hugiene among Secondary school Grade Nine and Ten Students. Journal of Patan Academy of Health Sciences. 2018 Dec;5(2):107-11

    14. Sarkar, M. (2013). Personal hygiene among primary school children living in a slum of Kolkata, India. Journal of Preventive Medicine and Hygiene, 55(3), 153-158. Retrieved from https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4718376/ on April 23, 2018.

    15. Yoo, H. J., & Song, E. (2021) Effectsof PersonalHygiene Habits on Self-Efficacy for Preventing Infection, Infection- Preventing Hygiene Behaviors, and Product-Purchasing Behaaviors. Public Health and Social Science on COVID 19 2021 13(17),9483: https://dio.org/10.3390/su13179483

    16. Yunus Abdullah, Nur Syahrina Rahim & Jamilah Jamaluddin (2012). Gaya Hidup Sihat dan Pencegahan Penyakit secara Am, Negeri Sembilan:USIM