“Mengapa Telefon Bimbit Sangat Penting”: penerokaan pandangan 30 orang gelandangan bekas banduan di Jalan Chow Kit
List of Authors
  • Mohd Alif Jasni , Nazirah Hassan

Keyword
  • Telefon bimbit, komunikasi, gelandangan bekas banduan, keinginan, integrasi semula, aksesibiliti

Abstract
  • Telefon bimbit merupakan medium penting yang dijangka dapat melancarkan proses integrasi semula dalam kalangan gelandangan bekas banduan sepanjang berada di dalam komuniti. Hal ini demikian kerana penggunaan telefon bimbit dapat membantu gelandangan dan bekas banduan untuk mengakses maklumat terhadap keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal, peluang pekerjaan, komunikasi dengan ahli keluarga dan rakan, termasuklah menawarkan fungsi keselamatan. Namun demikian, penggunaan telefon bimbit masih kurang diketahui dalam kalangan gelandangan bekas banduan sebagai salah satu medium teknologi sepanjang hidup di jalanan. Oleh itu, pengkaji telah menjalankan sebuah kaedah kajian kualitatif dengan meneroka pandangan dan keinginan gelandangan bekas banduan terhadap telefon bimbit. Analisis tematik yang telah dilakukan ke atas transkrip temu bual yang membawa kepada dua tema superordinat utama, iaitu tema yang pertama berkaitan pandangan terhadap telefon bimbit sebagai keperluan asas untuk berniaga, berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan, mendapatkan hiburan, mendapatkan maklumat tentang pemberian makanan dan mengetahui tentang berita semasa. Selain itu, tema superordinat kedua telah menunjukkan hasrat mereka untuk memiliki telefon bimbit sebagai keperluan asas apabila berada di jalanan. Keadaan ini memberi gambaran tentang kepentingan telefon bimbit dalam kalangan gelandangan bekas banduan. Senario ini menunjukkan kebergantungan telefon bimbit yang sangat penting buat gelandangan bekas banduan sepanjang hidup di jalanan dan perasaan kepuasan terhadap fungsi telefon bimbit. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini diharapkan dapat menambahkan pengetahuan tentang penggunaan telefon bimbit dalam kalangan gelandangan bekas banduan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), TELCO (Rangkaian Syarikat Telekomunikasi) dan agensi-agensi lain yang berkaitan.

Reference
  • 1. Berawi, F. A., & Ismail, N. A (2019). Gelandangan di Kuala Lumpur: Tinjauan awal. Researchgate. https://www.researchgate.net/publication/337679453_Gelandangan_di_Kuala_Lumpur_Tinjauan_Awal.
    2. Creswell, J. W. (2014). Qualitative inquiry & research design: Choosing among five approaches (4th Edition). Sage Publications, Inc.
    3. Donalek, J. G. (2004). Demystifying nursing research: Phenomenology as a qualitative research method. Urologic Nursing, 24, 516–517.
    4. Eyrich-Garg, K. M. (2010). Mobile phone technology: A new paradigm for the prevention, treatment, and research of the non-sheltered “Street” Homeless?’ Journal of Urban Health: Bulletin of the New York Academy of Medicine, 87(3), 365–380. https://doi.org/10.1007/s11524-010-9456-2
    5. Guadagno, R., Muscanell, N., & Pollio, D. (2013). The homeless use Facebook?! Similarities of social network use between college students and homeless young adults. Computers in Human Behavior, 29(1), 86–89. https://doi.org/10.1016/j.chb.2012.07.019
    6. Jasni, M. A., Ah, S. H. A. B., Yusoff, J. Z., Shahid, K. M., Omar, N. & Azman, Z. (2018). Kekurangan akses kepada jagaan lanjutan dan faktor-faktor risiko yang membawa kepada relaps dadah dalam kalangan bekas banduan. Jurnal Perspektif, 10(2), 34–44.
    7. Jasni, M. A., Ah, S. H. A. B. & Nasir, N. C. M. (2021). Tough life after prison: An analysis of 19 former prisoners in Malaysia. Journal of Community Development Research (Humanities and Social Sciences), 14(1), 24–36.
    8. Hunter, S. B., Ramchand, R., & Henwood, B. (2020, September 16). Access to mobile technology could help to alleviate LA's homelessness crisis. https://www.rand.org/blog/2020/09/access-to-mobile-technology-could-help-to-alleviate.html
    9. Johnson, G. & Moschion, J. (2019, April 3). Ex-prisoners are more likely to become homeless but the reverse isn't true https://phys.org/news/2019-04-ex-prisoners-homeless-reverse-isnt-true.html
    10. Katz, E. (1959). Mass communications research and the study of popular culture: An editorial note on a possible future for this journal. Departmental Papers (ASC), 1–6.
    11. Katz, E., Blumler, J. G., & Gurevitch, M. (2011). Uses and Gratifications Research. Public Opinion Quarterly, 37(1973–1974), 509-23.
    12. McInnes, D. K., Li, A. E. & Hogan, T.P. (2013). Opportunities for engaging low-income, vulnerable populations in health care: A systematic review of homeless persons’ access to and use of information technologies. American Journal of Public Health, 103(S2), e11–e24. https://doi.org/10.2105/AJPH.2013.301623.
    13. McInnes, D. K., Sawh, L., Petrakis, B. A., Rao, S. R., Shimada, S. L., Eyrich-Garg, K. M., Gifford, A.L., Anaya, H.D., & Smelson, D.A. (2014). The potential for health-related uses of mobile phones and internet with homeless veterans: Results from a multisite survey. Telemedicine and e-Health, 20(9), 801–809. https:/doi.org/10.1089/tmj.2013.0329.
    14. Mohajan, H. K. (2018). Qualitative research methodology in social sciences and related subjects. Journal of Economic Development, Environment and People, 7(1), 23–48
    15. Pollio, D., Batey, D., Bender, K., Ferguson, K. & Thompson, S. (2013). Technology use among emerging adult homeless in two U.S. cities. Social Work, 58, 173–175. https://doi.org/10.1093/sw/swt006
    16. Prison Fellowship (2017). Needs of ex prisoner. https://www.prisonfellowship.org/wp-content/uploads/2017/09/Needs-of-Ex-Prisoners-2017.pdf
    17. Ramli, M. W. & Dawood, S. R. S. (2017). Memahami permasalahan golongan terpinggir di bandar: Kajian kes gelandangan di George Town, Pulau Pinang. Geografi, 5(2), 78–94.
    18. Rice, E., Kurzban, S., & Ray, D. (2012). Homeless but connected: The role of heterogeneous social network ties and social networking technology in the mental health outcomes of street-living adolescents. Community Mental Health Journal, 48(6), 692–698. https:/doi.org/10.1007/s10597-011-9462-1
    19. Rice, E., Lee, A., & Taitt, S. (2011). Cell phone use among homeless youth: Potential for new health interventions and research. Journal of Urban Health, 88(6), 1175– 1182. https:/doi.org/10.1007/s11524-011-9624-z
    20. Rice, E., Milburn, N., & Monro, W. (2011). Social networking technology, social network composition, and reductions in substance use in homeless adolescents. Preventative Science, 12(1), 80–88. https:/doi.org/10.1007/s11121-010-0191-4.
    21. Sala, A. & Mignone, J. (2014). The benefits of information communication technology use by the homeless: a narrative synthesis review. Journal of Social Distress and the Homeless, 23(1), 51-67.
    22. Severin, W. & Tankard, J. (1997). Communication theories: Origins, methods, and uses in the mass media. Longman.
    23. The Guardian. (2019, Ogos 21). Two-thirds of homeless ex-prisoners reoffend within a year. https://www.theguardian.com/society/2019/aug/12/two-thirds-of-homeless-ex-prisoners-reoffend-within-a-year
    24. West, R. & Turner, L. H. (2007). Introducing communication theory: Analysis and application. McGraw-Hill Higher Education.