Istihalah dan kesannya kepada makanan menurut perspektif Islam
List of Authors
  • Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim

Keyword
  • Istihalah, percampuran bahan, halal, haram, merubah bentuk asal

Abstract
  • Perbincangan berkaitan dengan istihalah bukan sahaja terhad dalam persoalan berkaitan dengan makanan dan minuman tetapi ia juga melibatkan isu berkaitan kebersihan atau taharah dalam Islam. Walau bagaimanapun isu berkaitan dengan makanan dan minuman merupakan perbincangan utama apabila para ulama membincangkan isu istihalah. Ianya menjadi lebih relevan dewasa ini apabila kemajuan sains dan teknologi telah banyak merubah bentuk penghasilan makanan baik dari asal makanan seperti bioteknologi, mahupun yang berbentuk percampuran pelbagai bahan untuk membentuk satu makanan seperti pembuatan kek yang memerlukan percampuran kandungannya seperti tepung, mentega, telur dan sebagainya. Isu utama berkaitan dengan industri makanan dan minuman yang berlaku pada masa kini adalah berkaitan bahan yang terhasil daripada percampuran bahan halal dan bahan haram. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji apakah istihalah yang berlaku boleh dikategorikan sebagai istihalah sahihah atau istihalah fasidah serta kesan terhadap makanan yang telah melalui proses istihalah dan hukumnya apabila berlaku perubahan dari segi sifat, rasa, bau, warna, fizikal, dan kimia. Pandangan ulama-ulama feqh telah diambil dan diteliti bagi merungkai permasalahan ini. Kajian ini diteroka menggunakan metode kualitatif dengan mengumpul sumber-sumber daripada al-qur’an dan hadith serta pandangan ulama yang diperolehi daripada hasil pembacaan sumber-sumber ilmiah seperti kitab-kitab feqh, buku-buku sains makanan, laman sesawang dan lain-lain sumber yang berkaitan. Hasil kajian mendapati proses istihalah adalah diharuskan dalam Islam sekiranya Istihalah itu adalah istihalah sahihah. Namun untuk menetapkan keharusan atau kehalalan sesuatu produk makanan itu bukanlah semudah yang disangka, ia perlu diteliti dan mengambil kira beberapa elemen lain bagi menentukan kehalalannya dengan membuat kajian yang terperinci bagi dan teliti. Kajian ini amat relevan kerana ia dapat membantu Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam menentukan hukum berkaitan makanan yang melalui proses istihalah.

Reference
  • 1. Al-Sayuti, cAbd al-Rahman ibn Abi Bakr. 2001. Al-ashbah wa al-nazairfi mazhab al-Shafici . Beyrut: Dar al-Kutb al-Ilmiyyah. Jil.1.
    2. Ibn Nujaym, Zayn al-Din ibn Ibrahim. 1980. Al-ashbah wa al-nazairfi mazhab Hanafi. Beyrut: Dar al-Kutb al-Ilmiyyah.
    3. al-Zaylaci. cAbdullah ibn Yusuf. 1357H. Nasb al-rayah li ahadih al-hidayah. India: Al-Majlis alcIlmy. Jil.3.
    4. Al-Alusi. Mahmod Shukri ibn cAbdillah. 1964. Ruh al-macani fi tafsir al-Quran al-cAzim wa sabc al-masani. Beyrut: Dar al-Thaqafah. Jil.6.
    5. Ibn Taymiyyah. Iqtida’ al-sirat al-mustaqim. Beyrut: Dar al-Fikr.
    6. Al-Jawziyyah. Muhammad ibn Abi Bakr. 1961. Ahkam ahl al-Dhimmah. Dimashq: Maktabat Jami’ah Dimashq.
    7. Ibn Qayyim, Muhammad ibn Abu Abu Bakr. 1961. Ahkam ahl al-zimmah. Dimahsq: Matba’ah Jamicah al-Dimashq. Jil.1.
    8. cAbd al-Rahman ibn Nasir. 1375H. Taysir al-Karim al-Rahman fi tafsir kalam al-Mannan. Makkah: Matba’ah al-Salafiyyah. Jil.2.
    9. Muhammad ibn cAbd al-Rahman. T.tn. Fatawa al-Shikh al-Islam Ibn taymiyyah. Makkah. Matba’ah al-Hukumah. Jil.35.
    10. al-Shawkani, Muhammad cAli. T.tn. Fath al-Qadir. Beyrut: Muassasat al-Risalah. Jil.2.
    11. Ahmad ibn Hanbal. Musnad Imam Ahmad ibn Hanbal. Bab Dhabai’h ahl al-kitab. Beyrut: Dar al-fikr.
    12. Abu al-Husayn ibn Ahmad. 1968. Al-Rawd al-nadhir. Maktabah al-Muayyid al-Taif. Jil.3.
    13. cAbd al-Malik ibn Hisham. 1995. Sirah Ibn Hisham. Beyrut: Muassat al-Risalah.
    14. Zaydan, cAbd al-Karim. 1996. Al-Wajiz fi usul al-fiqh. Beyrut: Muassat al-Risalah.
    15. Ibn cArabi, Ahkam al-Quran. Beyrut: Dar al-Kutb al-Ilmiyyah. Jil.2.
    16. cAbdullah ibn Muhammad al-Tariqi. 1983. Ahkam al-zabaih wa al-luhum al-mustawradah fi alsharicah al-islamiyyah. Beyrut: Muassat al-Risalah.
    17. Al-Shawkani, Muhammad ibn cAli. Nayl al-awtar sharh muntaqa al-akhbar. Syiria: Dar al-Fikr. Jil.8.
    18. Muhammad ibn Hibban. 1993. Tahqiq: Syucab al-Arnauut. Sahih ibn Hibban bi tartib ibn Bulban. Bab Fadl al-Ummah. Beyrut: Muassat al-Risalah.
    19. Muhmmad ibn cAli al-Shawkani. 1964. Fath al-Qadir al-Jamic bayna fan al-ra’y wa al-dirayah min cilm al-tafsir. Misr: Matbacah al-Mustafa al-Babi.
    20. Khairuddin al-Zarkali. 1979. Al-Aclam. Beirut: Dar al-cIlm li al-Malayin.
    21. cAbd al-Rahman ibn Muhammad al-Thacalabi. T.tn. Al-Jawahir al-hassan fi tafsir al-Quran al-Azim al-macruf bi Tafsir al-Thacalabi. Beyrut: Muassat al-cAlami li al-Matbucat. Jil.1.
    22. Ibn Hazm, Muhammad cAli ibn Ahmad. 1347H. Al-Muhalla. Mesr: Matba’ah al-Nahdhah. Jil.7.
    23. Muhammad ibn Ahmad al-Mahalli; cAbd al-Rahman ibn Abu Bakr al-Sayuti. T.tn. Tafsir al-Jalalayn. Kaherah: Dar al-Hadis.
    24. al-Kazin, cAli ibn Muhammad. 1974. Tafsir al-Kazin al-musamma li bab al-ta’wil fi macani altanzil. Beyrut: Dar al-Fikr.
    25. cAbdullah ibn Abi Hatim al-Razi. T.tn. Tafsir Ibn Abi Hatim. Sayda: Maktabat al-Asriyyah. Jil.3.
    26. Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Muhammad ibn Abi Bakr. 1992. Rawdat al-muhibbin. Beyrut: dar al-Kutb al-Ilmiyyah.
    27. Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Muhammad ibn Abi Bakr. 1973. Iclam al-muaqqicin can Rab alcalamin. Beyrut: dar al-Jil. Jil.2.
    28. Faraj ibn Zaharan. 2002. Ahkam al-dhabaih. Al-Iskandariyyah: Dar al-Macrifat al-azhariyyah.
    29. Al-Razi, cAbdullah ibn cUmar ibn al-Hasan ibn al-Husayn. T.tn. Al-Tafsir al-Kabir. Beyrut: Dar Ihya’ al-Turath.
    30. Al-Qurtybi, Muhammad ibn Ahmad. 1967. Al-Jamic li ahkam al-Quran. Kaherah: Dar al-Kitab al-cArabi.